BAN Riot - Rusuhan Little India Singapore ( Gambar & Video )

Fuyooo.. Dah naik tocang kat tanah Nusantara. Nampaknya Raja Nusantara kena bertindak ni. Dahla rohigya kat myanmar belum settle. Kesian kat rohigya kena tindas secara terbuka tapi negara lain buat buta tuli. Selamba pi support sukma myanmar.

Pelik ke kalau rusuhan berlaku. Kat mana2 negara ada rusuhan what. Benda kecik pun sampai nak merusuh. Even nak berebut tandas pun ada adik beradik merusuh. Punca kes ni dikatakan apabila seorang bangladesh di langgar bus. Maybe depa bengang gila. Details kejadian tak tau la.

Little india ka, little china ka... Ko tgk berita semalam? Seorang wanita india mintak tempat yang privasi masa banjir. Tapi bila rakyat minta khemah, ada je menteri bagi alasan taik. Cakap membela islam. Dahtu non-muslim boleh minta privasi. Apa2 jelah, skng ni rusuhan singapore, bukan banjir.. arggghhh...

Suatu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura pada Ahad malam.

Menurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada pukul 9.23 malam melibatkan sebuah bas dan seseorang di persimpangan kedua-dua jalan itu.

Tidak lama selepas itu rusuhan tercetus melibatkan sekumpulan kira-kira 400 orang yang merosakkan lima kenderaan polis dan sebuah ambulans.|

Beberapa buah kenderaan persendirian turut dirosakkan sementara 10 orang pegawai polis cedera.



Polis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.

Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak keluar rumah sementara polis meneruskan operasi mengawal keadaan.

Orang ramai di luar kawasan itu juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan.

Mereka juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean berkata:

"Ini kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.

"Keadaan kini terkawal. Polis sedang berusaha mengesan dan memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu," katanya.


Info Kedua : 

Satu rusuhan telah berlaku di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire, Little India, Singapura sekitar jam 9.30 malam Ahad.

Satu letupan juga kedengaran dan video tersebut telah dimuatnaik dilaman youtube. Walaubagaimanapun, keadaan kini dikatakan telah berjaya dikawal.

Para perusuh dilihat telah menterbalikan dan membakar beberapa kereta polis, kenderaan awam dan juga ambulans.

"Pegawai polis berkejar di tempat kejadian dan dapat mengawal keadaan. Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan yang terjejas," Menurut pihak polis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada lewat 11.50 malam.

Difahamkan rusuhan tersebut membabitkan pekerja asing, Bangladesh. Difahamkan, punca kejadian berlaku apabila seorang warga Bangladesh dilanggar oleh sebuah bas.

Seorang lelaki berusia 43 tahun dilaporkan ditembak mati pihak polis ketika kejadian berlaku.


Info Asal : Malaysikini, Kezoom
BAN Riot - Rusuhan Little India Singapore ( Gambar & Video ) BAN Riot - Rusuhan Little India Singapore ( Gambar & Video ) Reviewed by BANkami Blog on December 09, 2013 Rating: 5

9 comments:

  1. itu tailong ada turun ka?

    ReplyDelete
  2. apa mau kecoh... malaysia little india budak baik2. cerita tamil pun penuh dgn aksi ganas. ni mesti terpengaruh.

    ReplyDelete
  3. Saya akan sediakan Bantuan Bangla 1Singapore (BB1S) secepat mungkin.

    ReplyDelete
  4. Bangla cari pasal kat singapore, memang nahasla, ingat sikit, sapa yang tadbir Republik tu, memang kena balun cukup-cukup punya.

    ReplyDelete
  5. bro..tolong tulis fakta yang betul pasal rusuhan ni..ia nya bukan warga bagla yang merusuh tetapi warga dari india....ni buat saya akan fikir dua kali untuk mempercaya tulisan anda. saya sekarang berada di singapura telah mengikuti kejadian tersebut sejak pada malam semalam lagi hingga ke pagi ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa tu la psl admin patut peka sikit manjang info ad silap bahaye :(

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. oh yeke. sbb aku dpt info dr blog lain bgtau bangla yg merusuh.. kalau ada details cerita. PM kt FB pages aku. nanti aku post kn.

      Delete

Powered by Blogger.