BAN Ganas - Patung Lilin iCity Kena Pedajal !

Malang maling kundang.. Baru semlm aku tengok dalam berita patung lilin iCity ni kena bakar.. Harini dah kluar kecoh... Menurut cerita bam polisi, rakaman tu pada 29 disember.. Maknanya dah lama la benda ni berlaku. Harini baru nak siasat.. Cekapnya...

Pihak icity pun maklum, pameran tu masih berjalan seperti biasa cuma area yang terbakar tu ditutup.. Saper nak tengok lebih details patung kena bakar.. Bleh la ziarah pusara patung terbakar di icity shah alam..


  • Polis memburu tiga lelaki bertopeng yang membakar patung dalam muzium lilin pertama negara, Red Carpet@i-City selepas meneliti bukti dikemukakan i-Berhad ketika membuat laporan polis mengenai kejadian berlaku Rabu lalu.
  • “Polis meneliti rakaman berkenaan yang diserahkan syarikat itu dan gerakan memburu tiga lelaki memecah masuk muzium sebelum membakar patung berkenaan, kini giat dijalankan.

“Mereka yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api,” katanya.

  • Sementara itu, i-Berhad dalam kenyataan dikeluarkannya di sini, semalam, menyatakan muzium itu beroperasi seperti biasa dengan hanya menutup bahagian utama pameran untuk kerja baik pulih.


Info Asal : HMetro

Post a Comment

3 Comments

  1. buang masa jer pergi tgk benda mcm ni.. apa faedah.. aku pn xtau

    ReplyDelete
  2. kerugian berapa juta agak2.. kot dia saja bakar.. ramai tak ziarah pusara lilin ni..

    ReplyDelete