BAN Pembunuh - Tembakan: Pemandu Pelancong, Lelaki Kedai Kopi Jadi Mangsa

Tak puashati, rasa butthurt sangat.. Upah orang suh tembak.. Mati dah rasa selesai urusan. Tunggu masuk kubur berurusan dengan malaikat soalsiasat pulak.. Lagikan pistol polis pun boleh hilang.. Ni kan penembak dari luar nak masuk tembak.. Sejak awal tahun, kes tembakan manusia dah jadi seperti kes biasa. Tangkapan takde mana pun.. Ko ada dengar ker penembak kena tangkap.. Penembak kena hukuman.. Yang duk dengar hari-hari dalam siasatan..

Kalau dah kepala tu gengster.. Apa nak pelik..


Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian berasingan di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dan di Taman Makmur, Lunas, Kulim, malam tadi.

Kejadian di Taman Sri Sentosa :
  • Seorang pemandu van pelancong cedera akibat ditembak berdekatan sebuah kedai serbaneka 9.30 malam tadi. 
  • Mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai terkena dua das tembakan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan kecemasan. 

Kejadian di Kulim :
  • Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan pada perut dan kaki kanan di sebuah kedai kopi di Taman Makmur, Lunas, kira-kira jam 8.30 malam tadi.
  • Mangsa berusia 39 tahun dipercayai tembak ketika sedang berbual bersama seorang rakannya sebelum didatangi seorang daripada dua suspek.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh berkata ; (Kejadian di Kulim)
  • Sebelum kejadian beberapa pelanggan lain turut berada di dalam kedai kopi berkenaan tetapi di meja berasingan. 
  • "Secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar meluru masuk lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa. 
  • "Rakan mangsa serta beberapa pelanggan lain sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan. 
  • "Mangsa yang mengalami kecederaan di badan serta kaki kanan dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya. 
  • Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Info Asal : HMetro

Post a Comment

4 Comments