BAN Gelendangan - Sadis Betul Dengan Menteri Wilayah Persekutuan Ni.

Buat keluar statement tak pikir.. Sekarang dah kena batang hidung sendiri.. Baru lah nak relax kat hardrock cafe.. Bagi sedekah pada fakir miskin kena saman.. Now NGO mula bersuara.. Eh yang tu takpe pulak.. NGO yang berkuasa halimunan takpe.. Rakyat bagi sedekah jer kena saman.. Nak selesai tangani kemiskinan, bagi projek pembangunan mega billion, lepas tu tax rakyat dengan pelbagai cara.. Itulah cara nak banteras kemiskinan.. Bila kerajaan kaya, kerajaan boleh bagi BRIM sampai 3000 sebulan.. Ada paham...

Yang gelendangan jer nak bersihkan.. Pusat hiburan, mabuk sana sini.. Yang tu takpe.. Menyerikan suasana bandaraya islam kuala lumpur kot.. Hardrock Cafe pun depa nak pikir cara islam.. Takpa, hangpa dah undi.. Mesti hangpa setuju naaaa...

Bleh pakai ka menteri duk sembang dia derma beras.. Sepatutnya buat satu penempatan bagi golongan macam ni.. Panggil pakar motivasi powerpuff girl.. Brainwash.. Bagi petunjuk jalan untuk kaut keuntungan melalui projek mega kerajaan.. Cara-cara nak jadi kroni.. Tu baru betul.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan menghalang badan bukan kerajaan (NGO) membantu masalah gelandangan malah mengakui dirinya menyokong usaha memberi bantuan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur sejak 14 tahun lalu.

Tengku Adnan berkata, tidak ada masalah jika NGO lain mahu meneruskan aktiviti agihan makanan kerana beliau juga menjalankan operasi melalui kumpulan sendiri di Jalan Imbi, Bukit Bintang.

"Saya sendiri pun operate di Jalan Imbi. Saya bagi support tiap-tiap bulan beras berkampit-kampit dan sebagainya.



"Kita nak juga gelandangan ini terbela," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program “Nur Ramadan” di Masjid Al-Muttaqin di Taman Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, beliau juga pernah turun ke jalanan dan melihat sendiri masalah sebenar, cuma tidak tahu cara mengumumkannya kepada orang awam.

Menurutnya, yang menjadi kebimbangan apabila golongan terbabit menyumbang kepada masalah kekotoran dan sampah sarap di kota Kuala Lumpur.

"Saya tidak berapa minat kalau sesetengah orang bagi makanan secara foam dan bungkusan, jadi ini yang mengotorkan (bandar)," katanya.

Beliau berkata, pihaknya termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan pertemuan dengan semua NGO dapur jalanan pada Selasa ini bagi membetulkan semula persepsi mengenai kenyataannya sebelum ini.

Perbincangan itu termasuk cadangan untuk membina rumah perlindungan “one stop centre” yang akan dibeli DBKL untuk menangani masalah kemiskinan dan gelandangan.

Ditanya megenai teguran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui Twitter yang menyeru supaya peranan NGO dapur jalanan dihargai, beliau berkata dirinya sudah menjelaskan perkara sebenar kepada Najib.

"Saya harap dapat selesaikan isu rumah perlindungan ini dalam hujung tahun," katanya.

Sebelum itu, Tengku Adnan ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk Parlimen Wangsa Maju berkata, tindakannya itu demi membawa perubahan dan kebaikan, malangnya diputarbelitkan dan dijadikan bahan fitnah.

"Biar Kuala Lumpur jadi livable city bukan city of rubbish," tegasnya.

Beliau juga mengarahkan pengarah penguatkuasa DBKL membuat laporan polis ekoran fitnah yang disebarkan di media sosial mengatakan pengurusan Masjid Kampung Baru disaman DBKL kerana mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Pihaknya juga bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa kenyataan itu mengelirukan rakyat.

Seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama “Aduka Taruna” menyebarkan berita kononnya Masjid Jamek Kampung Baru menerima 124 saman DBKL kerana memberi sedekah bubur lambuk kepada orang ramai.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya memberi peluang kepadanya menyelesaikan kemelut isu gelandangan ini dalam tempoh dua minggu.

"Saya minta kawan-kawan yang buat kerja amal ni teruskan kerja mereka, jangan berhenti kerana ia dituntut Allah.

"Apa yang dilakukan DBKL dan Kementerian Wilayah ini dituntut (oleh agama). Kita cuba bantu ikut cara kita.

"Apa yang kita harap dapat ringankan beban mereka waktu Ramadan dan semasa nak sambut Aidilfitri," katanya. – 5 Julai, 2014.

(TheMalaysianInsider)

Post a Comment

9 Comments

  1. menteri BN.. derma nk diagungkan.. padahal kerja dia lagi besar. tanggungjawab dia lagi besar.

    ReplyDelete
  2. Pengemis di rantai. Pelacur di agung

    ReplyDelete
  3. nk heran apanya.. rakyat KL sendiri undi dia. Terima jela akibat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kapla hotak kau warga KL undi dia..dia betanding d putrajaya la, umah anda takda kotak eletronik yg org panggil TV tu ke?

      Delete
    2. tak main tv, aku pakai samsung galaxy S, semua function ada, ko tu yang kepala otak, tv je ada, ketinggalan zaman!

      Delete
    3. ada alat canggih apa guna klu bodo mcm ekau nih jang...ada pulak kata org KL lantik Kunan....kunan tu montori wilayah, yg lantik dio podano montori, dio pulak botanding d putrajaya,,takdo kono mengono dongan org kuala lumpo tu...ekau ni nk tunjuk bodoh bulih, tp jgn d tompek orang ramai ni, buek malu yo..bodoh sikit sikit sudah la, tak payah bodoh banyak2..reti?

      Delete
  4. ORG kl MMG SUKA KENA SAMAN

    ReplyDelete
  5. di mata kunan pelacur, pemabuk, kaki joget memuliakan kuala lumpur....btw kunan apa pekembangan hard rock cafe nasyid?

    ReplyDelete
  6. Boleh sedekah banyak manapun tapi kena GST baru KERAjaan rm masukkkk...

    ReplyDelete