BAN Sadis - Kemiskinan Malaysia Melangkau Pemikiran GST

Kehidupan sukar. Bukan pada harini jer. Dari zaman dulu sampai sekarang. Masalah kemiskinan memang sukar dibendung. Pelbagai permasalahan yang tidak dapat kita gambarkan. Ada yang terlalu gembira dan bersenang lenang. Nak projek hanya call saja, bodek sana sini. Dapat duit juta-juta, pergi shopping, pergi holiday luar negara, upload gambar dalam facebook. Bagi yang dalam kesusahan, makan tidak menentu, mintak bantuan pun bermacam jenis cara perlu tempuh. Nak taknak kena mintak jugak. Usaha dah pelbagai jenis usaha. Tapi hasilnya kurang. Itu belum termasuk kes agihan bantuan yang tidak betul.

Ditokok tambah dengan gst yang meningkatkan harga barang, golongan bawahan menjadi semakin tertekan. Nanti ada yang bangang bagitau, ala 6% jer. Ko gaji besar, projek juta-juta boleh la cakap mcm tu. Tunggu ko muflis, baru ko reti kot. Tekanan 6% tu macam mane. Yang lebih tertekan aku tengok, barangan baby pun dikenakan gst. Sepatutnya kesemua barangan kanak-kanak bawah 5 tahun tak perlu dikenakan gst. Dahla barang tu mahal. Tambah lagi susu toddler ke atas. Gila apa kena jugak gst. Susu bukan setin beli. Bertin tin. Dengan harga bapak mahal.

Sembang kencang pun, duk pikir duit nak korek maner. Sampai masa ko undi BN jugak. Macam tu jugaklah cara tadbir urus negara. Dulu takkena gst, sekarang dah kena. Pentadbiran cekap ke macam tu.



Sebuah pondok usang berbumbungkan tikar getah dan berlantaikan tanah menjadi kediaman empat beranak di Kampung Padang Bola Tanjung Lengkong, Rantau Panjang, dekat sini, sejak empat tahun lalu.

Biarpun sukar dipercayai, itulah hakikat kehidupan dilalui keluarga Suhaimi Sani, 42, dan isterinya, Suriani Mat Ali, 42, serta dua anak mereka, Nur Ain Suhada, 10, dan Mohd Adam Syafiq, 5.

Bukan sahaja hidup dalam keadaan tidak selesa, malah lebih memilukan keluarga miskin berkenaan mengambil bekalan air dari sungai berhampiran selain tadahan air hujan serta menagih simpati jiran untuk menggunakan kemudahan elektrik.

Suhaimi berkata, mereka ada membina rumah melalui pinjaman daripada Amanah Ikhtiar, namun tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan.

“Saya tidak mampu menyiapkan rumah itu dan menyediakan tempat tinggal lebih selesa untuk keluarga kerana hanya meraih pendapatan dengan menjual ayam goreng di pasar malam, malah pendapatan yang diperoleh juga tidak menentu.

(Hmetro)

Post a Comment

14 Comments

  1. Sementara itu, pengedar kad prabayar Hanif Abdullah berkata beliau sudah menghentikan penjualan kad prabayar itu kepada peruncit memandangkan pengumuman dari kerajaan kini masih mengelirukan.

    “Kami diberitahu sebelum 1 April kad prabayar tak kena GST. Tapi, esoknya (kerajaan kata) kad prabayar kena GST.

    “(Dengan GST) harga tetap RM10.60 tapi telco bagi lebih masa berbual dan SMS.

    “Tapi kalau pekedai baca berita 1 April dan tak baca berita 2 April, nanti dia cakap kita sengaja kenakan GST.

    “Jadi, baik tak payah jual,” kata Hanif, 32, yang sudah menjadi pengedar kad prabayar sejak tiga tahun lalu.

    Tambahnya, beliau juga tidak mendaftarkan perniagaan di bawah GST dan terpaksa menanggung cukai GST dari syarikat telekomunikasi.

    “Sebelum GST kita dapat harga RM9.70, kita boleh jual kepada peruncit RM9.90, jadi peruncit boleh jual RM10 dan untung sepuluh sen.

    “Sekarang tak boleh jual lagi sebab saya dan kedai runcit tak berdaftar GST," katanya.

    Jualan kad prabayar berkenaan sebelum ini dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang ditanggung oleh syarikat telekomunikasi (telco).

    Cukai berkenaan kini digantikan dengan GST, yang dikenakan oleh syarikat telco ke atas pengguna.

    Perkara itu menimbulkan kekeliruan di kalangan penjual dan pembeli. Malah, daripada 800 aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST, 40 peratus daripadanya membabitkan kad tambah nilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. serius bnda ni nampak cam sen2 je tp hakikat membebankan. jgn la nak sebut 6 sen jee. sbg cth pandang pada bil elektik yang dulu tiap2 bulan hanya 30 lebih tetiba lepas gst sampai naik 40lebih cas gst saja dekat RM6!! igt 6% dr nilai RM BARANG PERATUS ye bukan 6SEN UTK SETIAP BARANG OK! dengan harga barang naik dan pada pengakhiran total bil akan ada 6% gst.. jadi pengguna menanggung pada 2 kadar kenaikan. pada harga brg dan pada gst 6%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling mudah kira mcm ni la. 6% gaji ko dah kena songlap. simple matematik.

      Delete
    2. sebenarnya tak tahu hakikatnye kadar berapa yg gaji ak tu kene bg secara paksa tuh. sebb brg naik 6% dan akhir bil lagi aku kene 6%.. tuh yg agk tak puas hati huhu

      Delete
  3. Kenapa ada lagi rakyat malaysia yang di belenggu kemiskinan, sedangkan peluang pekerjaan ada di mana-mana dalam Malaysia, kalau terlalu malas pun boleh pergi bekerja dengan syarikat pengawal keselamatan, cuma duduk dan record saja sekurang-kurangnya akan dapat rm 1500/bulan...itulah yang di panggil hidup segan mati tak mahu...bangunlah rakyat malaysia, sama-sama kita membangunkan negara Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengawal keselamatan RM1500 sebulan?
      Kat mana tu?

      Delete
    2. pengawal keselamatan mmg dh lebih 1K. tapi bg yg muda xkn nk jadi guard kot. ko sembang sedap la sebab ko dh dapat kerja bagus. yang dipersoal sekarang bukan duit gaji. tapi kos sara hidup meningkat. gaji tetap sama. faham xni

      Delete
    3. yang duk sembang ni kos sara hidup laaaa..

      Delete
    4. Cakap memang mudah la kerja guard gaji RM 1500, bini dengan anak2 nak tinggal dalam pondok macam tu confident ke?

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete