Betul ke seperti dinyatakan.. Aku rasa mmg betul dan banyak kontraktor melayu hanya bergantung kepada kerajaan dan kerajaan juga aku rasa nak membantu melayu serta kronisme mereka.. Pelik ker.. Sama jer mane2 kerajaan yg akan memerintah.. Yang menjadi persoalan sepatutnya, graduate yang berkelulusan tahap PHD bagai.. Mostly mereka hanya memilih untuk menjadi pensyarah daripada menjadi kontraktor yang lebih berjaya membina bangunan gah.. Tu tak termasuk yang buat projek tapi hancur.. Projek nak banyak, bila dapat buat main cincai...

Aku rasa yang patut diubah adalah pembelajaran di university.. Lebihkan praktikal daripada teori semata-mata.. Bila keluar zero... Nak pegang tukul pun janggal.. So how nak bagi arahan pada orang bawahan, nak lobi projek bagai.. Nak jadi kontrator besar ni bukan senang bang non.. Tambah lagi dengan masalah pekerja pemalas..  Ubah mentaliti semasa dalam pembelajaran.. Bukannya lepas habis graduate kena buat lagi kursus untuk teruskan hidup, dapatkan praktikal sewajarnya dalam kerja.. So what korang study diploma, degree, master.. Bila keluar terpaksa conteng balik buku darjah 1.


(Malaysiakini)