Kalau bab sembang sampai bergetar microfon. Memang mat sabu juara. Bab ayat sarkastis memang superb, obefiend pun boleh kalah..  Aku terbaca tulisan cenangau dalam blog dia. Ulas pasal geng pro UG. Tapi isinya aku nampak kosong, hanya cerca, keji.. Point tarak.. Sorry geng, aku bukan pro UG, pro ketaik apa yang taksub membabi buta pasal politik. Yang aku nampak bila kebodohan terserlah dalam setiap tindakan, tak kira mana2 satu parti politik.

Persoalan aku mudah, kata mereka pejuang rakyat dalam PAS, setia pada parti. Tapi bila kalah dan tidak dipilih. Perghhh, macam lipas kena goreng. Melenting, persoal kenapa undi sikit. Diri sendiri tak persoal, kenapa boleh kalah. Kenapa ditolak. Perlu ke bila ditolak, mula buat bising, perangai dah seiring sejalan dengan umno. Semasa politik dunia bercelaru, semasa umat islam diluar sana ditindas. Dimana mereka. Kalau nak berdemostrasi gampang, bukan main lagi.. Sembang kencang semua goyang.

Rakyat sekarang melihat kebodohan pemimpin. Bukan setakat dalam BN, tapi dalam Pakatan Rakyat. Pada yang kalah, tunjukkan kembali korang tu bernilai. Bukan dengan merajuk bagai, tubuh parti sendiri dan berdiri atas dada megah sendiri. Bajet diri tu bagus, realiti dilihat kosong.