Sokongan Penuh Kepada Pengarah Operasi Khas #SPRM

Seruan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan siasatan terhadap RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkemundang di sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, yang menarik kira-kira 1,000 orang dan membariskan pemimpin dari parti-parti pembangkang, masyarakat sivil dan seorang bekas timbalan menteri Umno, merayu kepada rakyat Malaysia supaya memberi sokongan penuh kepada SPRM.

Bercakap di forum tersebut, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) dibacakan penuh laporan berita komen pengarah operasi khas SPRM, Bahri Mohamad Zin, yang berkata
Beliau akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.
Lim juga mengakui bahawa beliau adalah seorang pengkritik SPRM, tetapi merasakan ia menjadi tanggungjawab rakyat untuk melindungi institusi itu daripada Najib. Lim mengumumkan beliau akan pergi ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk memberikan sokongan kepada para pegawainya.

Lim berkata, beliau sering merasakan SPRM hanya mengejar ikan bilis, bukan ikan yu, tetapi apabila ia diserang, maka "menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya".

Kakitangan SPRM telah mengadakan solat hajat pada hari Selasa, untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

SPRM juga, dalam satu kenyataan semalam, berkata ia akan menyoal perdana menteri Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion derma yang diterimanya.

Sehingga kini, tujuh pegawai SPRM telah sama ada ditangkap atau dipanggil oleh pihak polis dan mereka semua terlibat dalam penyiasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan pemindahan dana RM 2.6 bilion ke dalam akaun bank Najib.

Seorang lagi penceramah, Datuk S Ambiga memuji Bahri sebagai seorang hero dan meminta hadirin memberi tepukan gemuruh kepadanya dan pegawainya dalam memerangi rasuah.

Seorang lagi penceramah, bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, juga menyokong kakitangan awam dalam menjalankan tugas mereka.

Saifuddin (gambar), yang juga pengerusi Gerakan Kesederhanaan Global, berkata masyarakat sivil dan rakyat akan menyokong kakitangan awam yang melakukan perkara yang betul, seperti mana SPRM dalam hal ini.


Post a Comment

3 Comments

  1. Rakyat akan sokong perkara yang benar tapi sebaliknya berlaku pada polis dan ketuanya kini telah jadi belaci najib yang akan pertahan hingga kelubang nkubur.

    ReplyDelete
  2. aku sokong kalau sprm bukak semua kes rasuah polis.. buat serbuan gila2.. takpun siasat sekali KPN.. Baru dia tau langit tinggi rendah

    ReplyDelete

  3. Terima Kasih AKI BALAPTI Atas semua yang anda berikan kepada saya…Angka Ritual Ghoib AKI Benar-benar Tembus 100%…mohon ma’af AKI BALAPTI ini pengalaman saya …waktu itu pernah saya meminta bantuan kepada seseorang yg mengaku pintar meramu angka toto…dan saya harus bayar untuk mendapatkan angkanya…sampai2 saya hutang sana ,hutang sini…tapi apa yg terjadi…angka yg saya terima tadi gak ada yang keluar…mampus dalam hati kecil saya..gmn saya harus bayar utang yang terlanjur menumpuk…hingga akhirnya saya di kasih info teman untuk mencoba menjadi Member di AKI BALAPATI Alhasil Angka Ritual Ghoib yang AKI kirim ternyata Jitu 100%..dan akhirnya terbayar sudah hutang2 saya….ini hanya sekedar pengalaman saya…untuk yang mau mencoba angka ghoib dari AKI BALAPATI tidak usah ragu-ragu…karena saya udah merasakannya…terima kasih AKI BALAPATI…Insya Allah Saya Bersama Keluarga Akan Berkunjung Kerumah Aki Untuk Melihat Aki meditasi Ritual/Meramal Angka Jitu
    JIKA ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DALAM PERMAINAN ANGKA TOGEL 2D 3D 4D 6D YANG DIJAMIN BENAR2 TERBUKTI TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI BALAPATI DI NOMOR : 085 - 392 - 332 - 888

    Salam Bahagia….!!!

    ReplyDelete