Dato Vida Nafi Pecat K Devan


Penasihat Kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida menafikan ketua jurulatih Kelantan K Devan akan dipecat selepas aksi hambar anak buahnya dalam tiga perlawanan terdahulu.

Penafian oleh penaja utama Kelantan itu jelas memberi isyarat kedudukan bekas jurulatih Negeri Sembilan dan Selangor itu masih kekal serta tidak tergugat.

Sebelum ini, kem Kelantan dilanda spekulasi apabila beberapa laman sosial penyokong bola sepak mendakwa, Devan akan digantikan oleh jurulatih Kelantan pada 2012-2013, Bojan Hodak.

Desas-desus itu bertiup berkencang selepas Devan gagal memberi impak perubahan terhadap pasukannya terutama ketika bertemu pasukan kerdil daripada Liga FAM, UKM pada saingan Piala FA, Sabtu lalu.

Devan dikatakan gagal membentuk pasukan mantap sekalipun skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) kali ini dibarisi pemain berpengalaman termasuk bekas penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Dramane Traore.

(Hmetro)

Post a Comment

1 Comments

  1. Bapak byk duit minah ni. Kenapa dia tak tergolong dlm org terkaya dlm malaysia

    ReplyDelete