Idea Gila Tengku Adnan Untuk Mat Rempit


Kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal melaksanakan program mendekati “mat rempit” dengan menutup jalan sebagai tempat untuk golongan tersebut berlumba, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan mengadakan program seperti “Hari Tanpa Kenderaan” untuk memberi laluan kepada “mat rempit” menjalankan aktiviti mereka.
Kita ada satu program yang dibincangkan bersama kawan kita di Umno dan BN.
Barangkali kita akan kumpulkan mereka dan berbincang dengan Datuk Bandar dan (program) ini mungkin akan diadakan sehari atau 2 hari dalam seminggu.
Seperti, kita laksanakan ‘Hari Tanpa Kenderaan’ tetapi pada malam mat rempit akan berlumba," katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan jalan dan jambatan menghubungkan Kampung Batu Muda ke Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur hari ini.
Malah dilihat mengambil pendekatan lebih positif, setiausaha agung Umno itu berkata beliau lebih senang mengelar golongan itu sebagai “mat motor”.

Setiausaha agung Umno itu berkata, memberi laluan kepada "mat rempit" berlumba dilihat sebagai penyelesaian mengekang mereka melakukan tindakan menyalahi undang-undang dengan berlumba secara haram.

Katanya, golongan ini suka berlumba kerana ia merupakan cara mereka berhibur tanpa menggunakan kos yang tinggi.
Dan kerana majoriti 'mat motor' ini mereka bekerja dengan kerajaan sebagai PA (pembantu rendah awam).
Kita akan memberi tempat sesuai dan mungkin akan menganjurkan festival dengan meletakkan 'food truck' untuk menjual makanan atau apa sahaja supaya membantu mereka untuk tidak berlumba secara haram, katanya.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan itu juga menolak kritikan langkah kerajaan itu hanya menggalakkan "mat rempit".
Tidak, ia tidak menggalakkan kerana kita tengok apa yang orang suka seperti perdana menteri kata kita kena tanya nadi rakyat. Jadi inilah nadi rakyatnya, katanya .
Ditanya mengapa kerajaan tidak meletakkan "mat rempit" berlumba di litar, beliau berkata golongan itu lebih gemar melakukan aktiviti tersebut di jalan raya.

Menurut Tengku Adnan, beliau pernah mengusulkan cadangan demikian sewaktu menjadi naib ketua Pemuda Umno negeri tetapi tidak mendapat sambutan daripada "mat rempit".
Dulu kita minta buat (berlumba) dekat litar Batu Tiga Shah Alam tetapi mereka tidak mahu kerana lebih suka berlumba di atas jalan, katanya.
Menurut Tengku Adnan, beliau mencadangkan program itu mungkin diadakan di sekitar Kuala Lumpur sebagai permulaan.
Bawaklah motosikal di situ dan baikilah enjin mereka. Kita juga akan memberi alat ganti motor kepada mereka.
Daripada situ mereka boleh jadi mekanik, boleh buka bengkel, katanya.

(FreeMalaysiaToday)

Idea Gila Tengku Adnan Untuk Mat Rempit Idea Gila Tengku Adnan Untuk Mat Rempit Reviewed by BANkami Blog on February 23, 2016 Rating: 5

4 comments:

  1. Gila kepala otak pemimpin umno ni. Dlm perlumbaan ada pertaruhan, dlm pertaruhan tu ada gengster. Dahtu nk tunjuk kat generasi muda supaya puja mat rempit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang pun sama jer. Nak harapkan mana satu pembangkang,cakap kt aku. PAS PAN PKR DAP. semua sembang kencang. dpt kuasa bergaduh

      Delete
  2. Belambaklah anak melayu jadi mat rempit lepas ni. Anak cina berniaga, bangla jadi kuli. Melayu melalak tengah jalan. Lepas tu salahkan kerajaan. Buat demostrasi. Habis demostrasi malam merempit lagi. Kerajaan Suka

    ReplyDelete
  3. jangan lupa sediakan chikaro kepada pemenang ye dato Adnan sempit!!!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.