Sarung Tangan Hijau - Tindakan Melampau TMJ


Isu berpegang tangan antara lelaki dan wanita aku rasa semua umat islam sedia maklum. Ia ditegah sama sekali. Tambah lagi jika melibatkan tindakan seorang pemimpin, tak kiralah pemimpin macam mana sekalipun. Yang pasti pemimpin itu pemimpin islam, seharusnya membawa imej islam untuk dipertontonkan.

Bagi aku tindakan TMJ seperti yang dinyatakan dalam malaysiakini, satu tindakan tidak wajar. Seharusnya TMJ meminta pandangan mufti terlebih dahulu dan jika ia adalah satu kesalahan dalam islam, TMJ patut memohon maaf untuk menunjukkan sikap professional sebagai seorang pemimpin.

Jika kita bukan pakar dalam ilmu islam, lebih baik kita berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan dan membuat tindakan yang mungkin boleh mengguris hati umat islam itu sendiri. Maaf jika kata-kata aku ni mengguris hati peminat TMJ.
Sarung Tangan Hijau - Tindakan Melampau TMJ Sarung Tangan Hijau - Tindakan Melampau TMJ Reviewed by BANkami Blog on February 23, 2016 Rating: 5

3 comments:

  1. Org johor jer suka gila kt TMJ. Dah mcm TMJ tu bg duit tiap bulan kat ko.

    ReplyDelete
  2. Sebab dia tu anak raja. So semua mufti tak berani nak bersuara. Nantikan tak boleh masuk JOHOR. Macam ni ke pemimpin islam?

    ReplyDelete
  3. Saper berani duduk dlm mulut boyaaaaa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.