Nazri Aziz - Mahathir Dah Tua, Dia Berdepan "KARMA"


Ekoran Datuk Seri Mukhriz Mahathir dibuang dari jawatan menteri besar Kedah, maka Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad kini malu dengan kejadian tersebut.

Malah dakwanya, berikutan perkara tersebut, Dr Mahathir kini sedang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari tampuk kepimpinan negara.
“Sekarang dia panggil orang semua bersatu sebab dia marah anak dia kena buang. Dia nak Najib turun sebab anak dia kena buang. (Itu perkara) yang memalukan dia sebab anak dia tak sampai sepenggal kena buang.
“Dan apabila kena buang, rakyat tak memberontak pun, bermakna rakyat tak kisah, jadi dia malu anak dia tak perform,” katanya kepada Malaysiakini.
'Dia dah tua, tak perlu siasat'
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan polis yang merakam percakapan Dr Mahathir berhubung tulisan di blognya, Nazri berkata, pihak berkuasa tidak perlu berbuat demikian memandangkan beliau telah terlalu tua.

Malah kata Nazri lagi, Dr Mahathir kini berhadapan dengan ‘karma’ apabila sebelum ini didakwanya cuba menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, dan bekas perdana menteri keempat itu kini pula berhadapan perkara yang sama.
“Dia dah tua, tak perlu siasat, lantak dialah, (Tun Dr Mahathir) kalau dia nak baling batu kat tingkap pun, tingkap tak pecah, jadi tak payah.
“Lantaklah orang tua ni lama-lama dia nyanyuk sebagaimana dia telah dulu menderhaka kepada Tunku Abdul Rahman, sekarang dia jadi orang tua yang dihina oleh sebahagian masyarakat kita… dia kata macam-macam (pada Tunku Abdul Rahman) sekarang dia orang tua yang dihina pula, itu karma,” katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengesahkan kehadirannya di perhimpunan tertutup untuk mendesak pengunduran Najib pada 27 Mac ini sekiranya dijemput Nazri berkata:
“Pergilah, dia dendam dengan Najib, dia nak turun-turunlah.. lantak pi lah, dia dah tua bukan boleh buat apa pun, dia setahun cuba (jatuhkan Najib),’ katanya yang tidak yakin Dr Mahathir akan berjaya menjatuhkan Najib.

(Malaysiakini)

Post a Comment

5 Comments

  1. kalau nazri keluarkn ayat. Mmg selalu celaka jer ayat dia.

    ReplyDelete
  2. Dia mmg xsuka mahathir. Skrng ni bleh besar kepala. Najib buat tak tahu jer

    ReplyDelete
  3. Mangkuk ini ingat dia tak akan tua. Sekarang belum tua pun dah ditimbun sumpah seranah dan cacian rakyat yang meloya melihat akhlak buruk Nazri ni. Nasib awak belum tentu lagi, minta Allah jadikan dia manusia yg paling hina dan menjijikkan.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete