Bulan april ni dijangkakan Zeti akan bersara sebagai Gabenor bank negara. Para pengumpulan wang kertas sign gabenor dah boleh start buat koleksi sign Zeti. Zeti jangkakan yang mana BNM akan terus bebas daripada policalfag selepas persaraannya. Ayat jangkakan tu maybe ada sedikit musykil. Kalau merujuk pada Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 sememangnya perlantikan Gabenor hanya boleh dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Dalam akta tu pun takde dinyatakan atas nasihat mana-mana pihak tetapi menyatakan pemilihan mestilah dibuat dan dipilih dari kalangan mereka yang komited dan komitmen.

Zeti juga menyatakan persaraannya tidak memberi kesan kepada ringgit. Pendapat aku pula, investor akan melihat siapa bakal menggantikan tempat Zeti. Jika penggantinya mampu mengubah monetary policy dengan lebih baik untuk pengukuhan ringgit. Tidak mustahil ringgit akan kembali kukuh.


(Malaysia)