Himpunan Selamatkan Malaysia - Rafizi Sahkan Kehadiran Tun Mahathir

YABhg Tun Mahathir Mohamad telah mengesahkan akan hadir ke himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang pertama di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah.

Pengesahan ini diberikan oleh Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan yang menyelaraskan program bagi pihak YABhg Tun Mahathir Mohamad.

Untuk menyesuaikan jadual Muafakat Selamatkan Malaysia dengan semua pimpinan Pakatan Harapan, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tokoh-tokoh lain, tarikh yang dimuktamadkan adalah pada hari Isnin, 28 Mac 2016 bermula jam 8 malam.

Himpunan ini adalah berbentuk rapat umum yang menyediakan pentas kepada pemidato, deklamasi sajak, persembahan dan pelbagai program lain. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan saya menyeru seberapa ramai rakyat yang prihatin dengan masa depan negara untuk turun menyemarakkan gelombang reformasi.

Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan sehari selepas majlis tertutup pada 27 Mac 2016 yang diselaraskan oleh Dato’ Zaid Ibrahim akan memberi ruang kepada seberapa ramai rakyat Malaysia menyertainya memandangkan jemputan ke majlis pada 27 Mac 2016 adalah terhad.

15 Mac 2016

Rafizi Ramli
Penyelaras
Sekretariat Muafakat Selamatkan Malaysia

Post a Comment

4 Comments

  1. bila nk habis dgn berhimpun. setakat berhimpun, tapi dalaman tiada tekanan

    ReplyDelete
  2. Demostrasi depan rumah najib la senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. Nak selamatkan MAlaysia daripada apa? tak faham aku, 1,3,5 sila jawab!

    ReplyDelete