Pendedahan Mukhriz Berkenaan 2.6 Billion


Selepas menyertai Deklarasi Rakyat mendesak pengunduran perdana menteri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini mempertikaikan jumlah baki derma RM2.6 bilion yang dikatakan daripada keluarga diraja Arab untuk kegunaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan jumlah wang yang dipulangkan kepada penderma itu yang didakwanya tidak sama.

Menurut Mukhriz semasa satu kunjungan beliau ke Kelantan semalam, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah memaklumkan, wang yang dibelanjakan untuk PRU13 adalah sebanyak RM1.5 bilion.

Tetapi, Najib kemudiannya mengatakan, RM2.03 bilion dipulangkan kepada penderma Arab.
Pelik dan hairan, RM2.6 bilion yang dikatakan diterima daripada derma Arab, kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion.
Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion kepada Arab? Benda itu saya rasa budak kecil pun boleh faham yang angka-angka ini tak betul. 
Jadi, bohong dengan bohong ini dah jadi berimbun-timbun, kita pun tak tahu mana yang benar dan mana yang tak benar. Tapi saya ingat lebih 100% lah tak betul," katanya dalam satu video yang dimuat naik di dinturtle.blogspot.com.
Pada Januari lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Najib sudah mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurutnya, pada Ogos 2013, AS$620 (RM2.03 bilion) dikembalikan kepada penderma itu kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

Mukhriz menceritakan, pada satu perjumpaan pengerusi-pengerusi perhubungan Umno negeri dengan presiden parti, setiausaha agung Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) pada mulanya mencelah mengatakan wang RM2.6 bilion itu banyak digunakan semasa PRU13 apabila Mukhriz bertanya soalan itu kepada Najib.
Ku Nan pula yang menyampuk, presiden sendiri tak jawab. Dia kata, sebenarnya kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13. Dia kata, kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang.
Tetapi dia kata, dia tak boleh kata berapa banyak dah dibelanjakan. Tiba-tiba, presiden menyampuk. Dia (Najib) kata, 'Saya boleh kata berapa banyak kita belanja'.
Katanya (Najib), pada PRU13, kita belanja RM1.5 bilion," kata bekas menteri besar Kedah yang dilucutkan jawatannya awal Februari lalu dalam video itu.
Mukhriz berkata, beliau terkejut Putrajaya membelanjakan wang sebanyak itu untuk PRU13 kerana hasil daripada keputusan pilihan raya itu tidak memberangsangkan berbanding sebelum ini.
Kita belanja RM1.5 bilion. Saya terkejut bila saya dengar presiden kata begitu. Sebab saya kata, RM1.5 bilion dan kita kalah 7 kerusi di Parlimen. 
Kita tidak boleh nak menyamai atau pun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)," katanya.
Katanya, pada perjumpaan mereka itu, Tengku Adnan kemudian menempelaknya dengan mengatakan Mukhriz masih muda dan tidak tahu apa-apa mengenainya.
Saya kata, orang muda ini sudah menawan balik negeri Kedah. Kita menyumbang daripada 4 kerusi jadi 10 kerusi Parlimen. 
Dan kita berjaya menawan balik Kedah, hati rakyat daripada PAS. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan Umno Kedah.
Saya duk fikir balik, RM1.5 bilion, ke mana pergi duit itu? Saya tak nampak yang kita dah belanja macam itu pun, hasilnya tak berapa memberangsangkan. 
Dulu-dulu kita tak pernah belanja seberapa banyak macam itu pun, kita boleh menang dua pertiga," katanya. Sementara itu, menurut naib presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia(GKCM) Rushdan Mohamed yang turut hadir pada majlis di Kelantan itu, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Mukhriz itu.
Pada masa sama, beliau berharap presiden parti dan setiausaha agung dapat memberikan jawapan sebenar berhubung isu tersebut.
Sekarang apa yang nak terkejut, Najib boleh buat apa-apa saja. 
GKCM berharap kalau boleh pihak media sendiri bertanyakan kepada yang mengeluarkan kenyataan, iaitu Mukhriz. 
Tetapi lebih baik juga minta media bertanyakan nama-nama yang disebut Mukhriz tadi. Kepada Najib, Ku Nan, mana satu betul?" katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Rushdan turut bersetuju dengan kenyataan Mukhriz yang jumlah RM1.5 bilion yang dibelanjakan untuk PRU13 sepatutnya menghasilkan keputusan yang lebih memberangsangkan berbanding sebelumnya.
Jadi, kita tuntut pihak wartawan mendapatkan cerita sebenar daripada nama-nama tadi,katanya lapor The Malaysian Insider

(AnakSungaiDerhaka)

Post a Comment

7 Comments

  1. Setakat dedah jela..

    ReplyDelete
  2. kah kah kah kah....teruskan teruskan

    ReplyDelete
  3. najib ke,mukriz ke,mahyudin ke,shafie ke zaid ke mahathir ke semua ni penyamun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrng penyamun duk bergaduh sama sendiri.

      Delete
  4. Merapu2 jawapan Macai2 najib ni

    ReplyDelete
  5. Bengal yg terus menyokong BN.

    ReplyDelete