Komando Kena Langsi


Latihan tentera atau dendam kesumat. Yang tu tak dapat dipastikan. Tak dinafikan latihan komando mmg keras. Aku rasa ni salah satu latihan komando. Kalau nak kata komando tu kena langsi, mesti pembunuh tu tikam. Setakat gari then buang dalam sungai, mereka dah diajar untuk melepaskan diri dalam keadaan situasi tu. Tapi kalau kes dendam, tak mustahil lepas ni komando ni buat comeback. Yang langsi tu dah bleh start gali kubur sendiri kot.
Seorang lelaki dipercayai anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, ditemui dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan, pagi tadi. Lelaki itu ditemui dalam sungai terbabit dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk. Difahamkan mangsa bernasib baik kerana ditemui penduduk kampung sebelum lemas dalam sungai dan berjaya diselamatkan sebelum menghubungi polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu.
"Bagaimanapun sehingga jam 6 petang ini, belum ada sesiapa membuat laporan dan jika ada laporan dibuat, polis akan membuka kertas siasatan," katanya yang menasihatkan pihak yang terbabit supaya membuat laporan segera(HM)

Post a Comment

4 Comments

  1. Kasihan juga, tapi GGK (Grup Gerakhas komando) mesti kuat!

    ReplyDelete
  2. kalau mmg latihan takpe...muka smpi kena pecah camtu..aku ada adik n sedara2 kat army gak...jangan harap la komando ni nk revenge..kalu mati mmg mati..tapi nk revenge mmg idak le sebab diorg ada 1 word paling kuat dalam army ni nak menghalalkan keganasan melampau n tak perlu "saiko". lepas kena dera kalu report ke apa diorg dikira tak kuat saiko..hmm ntah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg report tu komando ke. aku rasa org kampung yg report.

      Delete