Safee Sali - Duit KBS 100Juta Lesap Senyap Macam Itu Sahaja


Pemain kebangsaan Safee Sali meluahkan rasa kecewa apabila pemain sentiasa dipersalahkan susulan kejatuhan berterusan ranking pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Dilihat merujuk kepada kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum ini, Safee membangkitkan kontroversi penyelewengan dana kementeriannya bernilai RM107 juta.
“Kecewa. Apabila pasukan kebangsaan ranking merudum, hanya pemain di persalahkan. Tapi bila RM100 juta lesap senyap macam itu sahaja. Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh di gunakan dengan duit sebanyak itu,” tulisnya di Facebook hari ini.
Kedudukan terbaharu Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di tangga 174 meletakkan sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Malaysiakini telah menghubungi Khairy dan timbalannya, Datuk M Saravanan bagi mendapatkan maklum balas dan sedang menunggu jawapan mereka.

Khairy difahamkan sedang berada di luar negara buat masa ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ala time mengundi ko rasa safee ni undi ape?

    ReplyDelete