Bas MU Diserang Ditambah Kekalahan 2-3 Kepada West Ham (Video)


Manchester United berdepan serangan bas sebelum perlawanan dan perasaan kecewa selepas perlawanan ketika impian mereka layak ke Liga Juara-Juara semakin pudar apabila tewas 2-3 di West Ham, awal pagi semalam.

Selepas bas United dilontar tin dan botol minuman dalam laluan ke stadium, mereka bangkit daripada ketinggalan untuk mendahului 2-1 apabila dua gol Anthony Martial memadamkan gol pembukaan Diafra Sakho pada minit ke-10 buat West Ham.


Namun, Michail Antonio menyamakan kedudukan sebelum pertahanan tengah Winston Reid menanduk masuk melepasi penjaga gol pelawat David de Gea pada minit ke-80 bagi menceriakan perlawanan ke-2,398 dan terakhir di gelanggang West Ham, Boleyn Ground.

Pengurus United Louis van Gaal berkata, insiden sebelum perlawanan menjejaskan pemain mudanya apabila berkata:
“Ia bukan kali pertama ia berlaku, tapi saya mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak. Ada pemain yang tidak memiliki pengalaman.
“Ia mungkin mempengaruhi, tapi saya tidak fikir kami perlu mencari alasan.”

(HM)

Post a Comment

1 Comments