Wartawan Disekat Persoal Najib Samada Meletakkan Jawatan Atau Tidak


Wartawan dan jurugambar dari United Kingdom tidak dibenarkan membuat liputan sidang media keputusan pilihan raya Sarawak selepas bertanya perdana menteri sama ada beliau akan meletakkan jawatan.

Ketika Datuk Seri Najib Razak tiba di Wisma Bapa di Kuching, wartawan Channel 4 News itu bertanya sama ada Najib akan berundur.

Najib terus berlalu tanpa mempedulikan Jonathan Miller dan juruvideonya.

Beliau kemudian menuju ke arah tempat sidang media sebelum diberhentikan oleh seorang lelaki yang berkata: “Ini bukan negara kamu”.

Miller kemudian bertanya kepada polis bertugas sama ada beliau dibenarkan masuk.

Selepas meminta pengesahan beliau tidak dibenarkan membuat liputan, Miller berlalu pergi.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata bertanya soalan yang jawapannya dimahukan oleh rakyat Malaysia.(MK)

Post a Comment

3 Comments

  1. Nak buat mcm mane. Dh dia ada kuasa

    ReplyDelete
  2. Muka dah sebek hoi!nak terkencing terberak tak boleh nak keluaq dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape susah. konco2 ramai derrrr

      Delete