Punca Serangan Kelab GAY Kerana Marah 2 Lelaki Bercium Dihadapan Isteri & Anak


Bapa kepada Omar Mateen yang menembak mati 50 orang dalam serangan di sebuah kelab malam gay di Florida kelmarin menyifatkan tindakan anaknya itu tiada kaitan dengan agama.

Dalam satu temu bual dengan NBC News kelmarin, Seddique Mateen yang turut dikenali sebagai Mir Siddique berkata, tindakan tersebut sebaliknya dilakukan kerana anaknya marah dengan perbuatan dua lelaki bercium di hadapan isteri dan anaknya di pusat bandar Miami baru-baru ini.

Seddique pernah menjadi pengacara sebuah rancangan televisyen di saluran satelit Afghanistan yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) selama hampir tiga tahun.
“Kami memohon maaf untuk keseluruhan insiden ini. Kami tidak mengetahui apa-apa tindakan yang diambil oleh Omar. Kami juga terkejut dengan kejadian ini seperti yang dirasai oleh seluruh rakyat negara ini,” kata Seddique yang dipetik oleh NBC News.
Seddique tinggal di Florida menurut rekod awam, namun tidak diketahui bila dia berhijrah ke AS. Dia juga sehingga kini tidak membalas mesej yang di hantar ke telefon bimbitnya selain tidak memberi respon kepada e-mel.

Pemilik saluran satelit, Payam-e-Afghan yang beribu pejabat di California, Omar Khatab berkata, Seddique akan muncul di studio miliknya di Canoga Park, California tiga atau empat kali setahun bagi merakamkan rancangan televisyennya.

Dalam kejadian kelmarin, Omar yang bersenjata api menyerbu sebuah kelab gay yang penuh sesak dengan pengunjung sebelum melakukan tembakan rambang menyebabkan 50 orang terbunuh dan 53 lagi cedera. – Reuters

Post a Comment

3 Comments

  1. padan muka, ingatkan nak bersimpati, tapi golongan gay, yang bawa penyakit berjangkit ni eloklah dimusnahkan.

    ReplyDelete
  2. BUNUH JER SEMUA NI. GOLONGAN LAKNAK!!

    ReplyDelete