Timb. Pas - Kenapa Isu Rakyat MCA MIC Tidak Ugut Letak Jawatan ?


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menempelak kepimpinan parti komponen BN yang mengugut keluar kabinet jika pindaan Akta Mahkamah Syariah berjaya dilaksanakan.

Sebaliknya kata Tuan Ibrahim, mereka sepatutnya bertindak demikian dalam “isu-isu rakyat” seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kontroversi 1MDB.
"Sepatutnya presiden MCA, MIC dan GERAKAN mereka tak boleh ugut untuk letak jawatan susulan rang undang-undang Akta 355. Kita nak lihat mereka letak jawatan susulan isu 1MDB, GST. Isu-isu rakyatlah‎. Sepatutnya mereka bangun menyatakan bantahannya. Tetapi RUU‎ baru di peringkat pembentangan, belum dibahaskan pun lagi. Saya fikir tindakan mengugut ini satu tindakan yang tidak mencerminkan kematangan politik dan tindakan untuk negara," 

Mana mereka sebelum ini?

Kerajaan minggu lalu mengusulkan supaya RUU yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipercepatkan di Dewan Rakyat.

Hadi bagaimanapun mohon penangguhan ke sesi depan atas alasan kesuntukan masa untuk perbahasan. Undang-udang bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah itu dikhuatiri pengkritik membuka laluan kepada pelaksanaan undang-udang hudud.

Kerajaan menegaskan bahawa RUU itu bukan hudud.

Terdahulu dapat ucapan perasmiannya, Tuan Ibrahim membangkitkan persoalan di mana pemimpin parti komponen BN itu ketika muncul isu-isu kontroversi dalam negara.
"Ke mana mereka‎ ketika isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dipulangkan kembali dan GST? Semua ini masalah rakyat yang sepatutnya diberi perhatian, bukan sekat hak orang Islam untuk amalkan ajaran dalam agama mereka,"

Usul pindaan Akta 355 tersebut dibawa dan diberi ruang untuk dibahaskan. Inilah kelebihan yang ada pada PAS, kita bukan gopoh-gapah. Kita buka ruang pada bulan akan datang dijadikan ruang untuk kaji dan dalami.
"PAS bersedia berdialog dengan mana-mana pihak untuk fahami tanggungjawab kita bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah," katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan akta tersebut untuk orang Islam dan tak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.
"Kita kemukakan gagasan penyelesaian cara Islam bukan bermakna kita tak ikhtilaf agama lain. Tapi bawa penyelesaian Islam sebab kita yakin Islam bersifat rahmat untuk manusia," 

(MK)

Post a Comment

2 Comments

  1. PAS ada bising tak isu 1MDB? Ada buat tindakan mcm TUN M buat tak ?

    ReplyDelete
  2. Maner gambar pahlawan melayu ni woiii!!!

    ReplyDelete