Presiden Filipina Perlekeh Obama!! PM Malaysia ?


Pemimpin Filipina, Rodrigo Duterte menyuruh Presiden Barack Obama untuk "pergi ke neraka" dan berkata Amerika Syarikat telah menolak untuk menjual senjata kepada negaranya tetapi beliau tidak peduli kerana Rusia dan China sanggup membekalkannya.

Dalam bidasan terbarunya, Duterte berkata beliau sedang menjajar semula dasar luar kerana Amerika Syarikat telah mengecewakan Filipina dan menambah bahawa pada satu ketika nanti beliau akan “Berputus dengan Amerika". Namun tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan "berputus" itu.

Sepanjang tiga ucapan kerasnya di Manila, Duterte berkata Amerika Syarikat tidak mahu menjual peluru berpandu dan senjata lain, tetapi Rusia dan China memberitahunya bahawa mereka dengan mudah boleh membekalkannya.
"Walaupun ia mungkin berbunyi s**t kepada kamu, tetapi tugas utama saya adalah untuk menjaga integriti republik ini dan memastikan keselamatan rakyat, Jika kamu tidak mahu menjual senjata, saya akan pergi ke Rusia. Saya hantar jeneral ke Rusia dan Rusia kata 'jangan bimbang, kami ada semua yang kamu perlukan, kami akan bekalkannya kepada anda. Bagi China pula, mereka berkata 'datang ke mari dan tandatangani perjanjian dan segala-galanya akan dihantar."

Post a Comment

0 Comments