Tutup YahooMail Sekarang! Email Korang Berisiko Diceroboh!


Adakah anda menggunakan perkhidmatan emel Yahoo? Sekiranya ya tahniah emel yang diterima oleh anda telah dipintas oleh National Security Agency (NSA) dan FBI Amerika Syarikat. Berita mengejutkan ini dilaporkan oleh Reuters sekaligus memberikan gambaran Yahoo tidak mengendahkan privasi pengguna mereka. Di dalam laporan yang sama penggunaan perisian yang mengimbas kesemua emel yang diterima dengan kata kekunci yang diminta dua badan keselamatan Amerika Syarikat ini diketahui oleh Marissa Meyer, CEO Yahoo.

Tindakan beliau ini menyebabkan Alex Stamos, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Yahoo meletakkan jawatan dan berpindah ke Facebook. Sistem risikan yang melanggar privasi ini turut melanggar hak pengguna. Kewujudannya pernah didedahkan oleh Edward Snowden yang hari ini menggesa pengguna untuk menutup akaun mereka bagi mengelakkan intipan dari berterusan.

Yahoo sudahpun mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini dan menegaskan mereka adalah ialah
“syarikat menghormati undang-undang, dan mematuhi undang-undang Amerika Syarikat” 
Berita pagi ini pastinya memburukkan lagi imej Yahoo yang hanya beberapa minggu sebelum ini digodam menyebabkan kandungan 500 Juta emel pengguna dibocorkan.

Sebagai perbandingan Apple berkeras untuk tidak menyahsulit iPhone 5C milik pengganas San Bernadino kerana menghormati privasi pelanggan mereka. Ini memaksa pihak berkuasa Amerika Syarikat menggunakan khidmat penggodam untuk mengakses data yang tersimpan.

Amanz

Post a Comment

0 Comments