Seorang ketua kongsi gelap “Geng 04” warga Malaysia yang menjadi buruan polis Thailand dan Malaysia sejak 10 tahun lepas akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di sini 2 hari lepas.
Ketua Bahagian Siasatan Polis Wilayah Songkla, Kol. Sakda Jarengkul berkata Ye Boon Long, 53, atau nama gelarannya Ar-Hu, ditahan polis kerana merompak sebuah kedai emas dengan bersenjatakan pistol di Jalan Montree di sini, 6 Januari lepas.
Dalam kejadian itu, dia dipercayai melarikan barangan kemas seberat 1.7kg bernilai 2.3 juta baht (RM290,000), katanya kepada pemberita semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan di rumah sewa itu, polis menemui beberapa barangan kemas, wang tunai 127,400 baht (RM16,000), sepucuk pistol 9mm, 50 butir peluru dan baju serta motosikal yang digunakannya ketika rompakan itu.
Hari ini, warga Malaysia itu dibawa kembali ke kedai emas terbabit untuk menunjukkan cara dia merompak premis berkenaan.
Menurut Sakda, Ar-Hu juga memiliki rekod jenayah lampau di Malaysia dan Thailand, termasuk dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes rompak dan bunuh di kedua-dua negara itu. Beliau juga dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan dua warga Thailand di Songkla pada 2014.“10 tahun lepas, beliau juga dipercayai terbabit dalam kes rompakan kedai emas di Butterworth melibatkan barangan kemas bernilai 50 juta baht (RM6.4 juta),” katanya.
Selepas kejadian itu, dia melarikan diri ke Thailand dan bersembunyi di Chiang Mai selama 10 tahun, menggunakan identiti palsu yang dibelinya dengan harga 250,000 baht (RM32,000).
Warga Malaysia itu hanya terbabit dalam kes rompakan yang besar, menurut beliau.
Sakda berkata, warga Malaysia itu dikenakan 3 tuduhan iaitu merompak, memiliki senjata dan peluru tanpa izin dan membunuh.
FMT
3 Comments
kita masih ingat kes Paul Phua (tauke judi yang ditahan di Amerika Syarikat) dan kisah lanjutnya jeng ! jeng! jeng ! serta kesudahan yang penuh kontraversi ... kini senario yang agak hampir sama berulang , agak agak apa pula isu yang akan timbul dan bakal menggemparkan suasana politik negara kita jeng ! jeng ! jeng !
ReplyDeleteDirect to the point la bro.. apa jeng jeng jeng. ko ingat nak buat crita upin ipin ker
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete