Sistem Tadika Islam UK Lebih Produktif, Mampukah Malaysia Adaptasinya?


Daripada kecik sampai besar. Sistem persekolahan tadika aku nampak tiada perubahan dan penambahbaikan. Sebagai contoh dari aspek pemakanan, jika kita tengok di italy aspek pemakanan kanak2 amat details. Segalanya mestilah berkhasiat dan fresh.

Kat malaysia ada 3 peringkat tadika, taska yang dikemudi oleh kerajaan. Pra-sekolah, Kemas dan terbaru permata negara. Kalau cakap bab Permata, aku rasa beratus juta kerajaan labur duit. Adakah program permata negara tidak bagus untuk dibancingkan dgn sistem islamic kindergarden di UK ? Apakah hasil yang dilaburkan selama ini tidak membuahkan hasil yang setimpal atau sekadar ala kadar.

Jika betul kerajaan mahu membuat pembaharuan dalam pendidikan peringkat tadika, taska. Kerajaan perlu menggabungkan dibawah satu pentadbiran tunggal yang mengawal pra-sekolah, kemas dan permata negara. Dengan meletakkan satu garis panduan sama dan memberi peruntukan secukupnya termasuk tenaga pengajar yang mahir dan berkaliber.

Bukan itu sahaja, adalah lebih baik setiap daripada taska, tadika swasta juga diselaraskan dan bantuan tenaga pengajar dibekalkan oleh pihak kerajaan, secara tak langsung pihak majikan dapat meringankan kos dalam urusan pentadbiran tenaga pengajar dan hanya fokus kepada tempat dan pemakanan kanak-kanak.

Tapi itu semua mungkin khayalan selagi politifag kerakusan manusia bergelar islam pada nama terus menerus menggilakan harta kekayaan untuk dijadikan sandaran.

Dipetik dari FMT :
Malaysia tertarik untuk mengadaptasi sistem pendidikan awal kanak-kanak dan sekolah rendah United Kingdom seperti yang dilaksanakan di Iqra Primary VA School, Clapham di selatan London.Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata 4 faktor dilaksanakan di sekolah itu dilihat berpotensi meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

Katanya, antara faktornya ialah kepimpinan pengurusan sekolah yang mantap, infrastruktur lengkap, guru berdedikasi serta kerjasama antara sekolah dan University College London (UCL).

“Cara pengajaran, suasana pembelajaran serta persekitaran menarik membuatkan kanak-kanak seronok datang ke sekolah dan mereka dididik untuk berani meluahkan pandangan, kreatif dan bijak berkomunikasi walaupun pada usia muda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahdzir kini berada di United Kingdom untuk lawatan kerja serta menghadiri Forum Pendidikan Dunia (EWF) 2017 di Park Plaza Westminster Bridge Hotel.

Beliau berkata Iqra Primary VA School adalah sekolah gabungan tadika dan sekolah rendah bantuan kerajaan dengan 100% muridnya beragama Islam dari tahun 1 hingga tahun 6.

Sekolah yang mempunyai 240 murid berusia antara 3 hingga 11 tahun itu menawarkan pendidikan Islam mengikut kurikulum sekolah di United Kingdom kepada masyarakat Islam di Brixton dan kawasan sekitar London.

“Sekolah ini ada menyediakan kemudahan padang permainan untuk kanak-kanak pra sekolah serta infrastruktur yang lengkap untuk sekolah rendah seperti perpustakaan dan makmal.

“UCL pula menyumbang pengalaman yang banyak dalam akademik untuk memberi pengetahuan tambahan kepada guru di sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata di sekolah itu terdapat seorang guru dan 3 pembantu guru dalam 1 kelas.

“Kita akan tengok apa yang menarik di sekolah ini untuk dibawa balik ke Malaysia bagi meningkatkan sistem pendidikan kita,”

Post a Comment

1 Comments