Zam Dedah Kisah lampau "Naikkan Najib Pemimpin Masa Depan" & Simpati Mahathir Tertipu


Apabila kekejaman Militia Serb  berlaku ke atas orang Islam  Bosnia Herzegovina bagitu mudah sesetengah golongan agama di Malaysia  termasuk  ustaz dan ustazah yang bertazkirah di surau atau masjid dan juga rakyat biasa memberikan anggapan kejadian itu sebagai pembalasan Allah kerana tidak mengamalkan ajaran Islam.

Mereka memberikan hukuman tanpa memberikan kemaafan terhadap sekatan beragama yang dihadapi oleh orang Islam Bosnia sekian lama  di bawah regim komunis.

Dan apabila gempa bumi yang membunuh lebih 30,000 orang berlaku di Iran dalam masa pemerintahan Islam, mereka tidak pula mengatakan kejadian itu kerana pembalasan Allah.

Manusia membuat hukuman  mengikut sentimen, prejudis, dendam, benci, kefahaman agama yang sempit dan ketidakmampuan berfikir diluar kotak. Tegasnya bergantung dipihak mana mereka berdiri.

Demikianlah  apabila saya mengatakan bahawa banyak keburukan, kemalangan dan tragedi besar berlaku di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib maka penyokong-penyokongnya segera melompat, menganggap saya menuduh dilakukan oleh Najib.

Anggapan ini kerana  pandangan prejudis terhadap saya sebagai "Orang Mahathir" dan prasangka saya sebagai anggota parti BERSATU sehingga diputarbelitkan  saya tidak bersimpati dengan kemalangan 8 orang remaja penunggang basikal di Johor.

Atas kemarahan ini mereka  meminta gelaran Tan Sri saya ditarik balik dan dipecat dari UMNO.

Reaksi  spontan  ini berlaku kerana sifat ketahyulan dan fahaman keugamaan yang sempit  di kalangan orang Melayu termasuk  sesetengah  penyokong Najib sendiri sehingga  menyebabkan mereka merasa sebagai suatu kebenaran atas apa yang sekian lama tersembunyi di hati mereka. Sebab itu mereka meloncat.

Pada hakikatnya saya  mengemukakan kejadian teragedi buruk itu sebagai fakta sejarah yang lebih banyak berlaku atas kuasa Allah di era singkat pemerintahan Najib dibandingkan dalam masa 22 tahun pemerintahan Mahathir.

Saya juga terkejut mengapa perhatian diberikan kepada kenyataan  saya  seorang pesara yang tidak lagi mempunyai sebarang kedudukan dalam politik, NGO, perniagaan atau kekayaan untuk diexsploitasi bagi mencari pengaruh.

Mengapa sehingga TV3 harus memberikan perhatian pada saya dalam buletin utamanya?

Mengapa sesudah 9 tahun saya bersara, golongan yang menganggap  saya tidak berkesan sebagai Menteri  Penerangan masih merasakan keberkesanan saya ketika saya menjadi orang  biasa, ketika saya hanya  seorang wartawan rakyat.

Semasa menjadi menteri,mungkin wajar bagi Allahyarham Mursyidul Am Pas Nik Aziz untuk mengecap  saya sebagai "budak celaka" dalam tulisannya di Harakah kerana kerajaan Pas Kelantan  hampir jatuh disebabkan video klip "Kelantan Dalam Gerhana" dan "Terenganu Kita" yang mendedahkan kekejaman Haji Hadi MB Terengganu ke atas sekolah-sekolah tadika UMNO dan ketidakadilannya sehingga kerajaannya  tersungkur di Terengganu.
Kewajaran bagi budak-budak berhingus UMNO menganjurkan supaya saya dipecat dari UMNO dan gelaran Tan Sri di tarik balik, mungkin kerana mereka takut masa depan mereka hancur tanpa Najib.
Suka  saya mengingatkan mereka ini agar  jangan membuat penilaian terhadap nilai hidup saya sama dengan nilai hidup mereka yang murah.

Saya lahir  ke dunia ini tanpa sebarang gelaran dan saya bersedia untuk kembali mengadap Allah Azzawajalla tanpa sebarang gelaran.
Ketika saya di Utusan Melayu dan Tan Sri Melan Abdullah (Allahyarham) sebagai Ketua Pengarangnya, saya masih ingat kami diminta oleh Setiausaha politik Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Abdulllah Ahmad dan juga setiausaha akhbarnya Abdullah Majid untuk groom Najib ke arah menjadi pemimpin masa depan.
Maka atas bantuan ini jugalah sedikit sebanyak telah membantu  Najib dengan mudah menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Lebih dimudahkan kerana ketika itu feudalisme masih tebal maka tidak sukar bagi Najib untuk memijak kepala orang lain bagi naik keatas.

Tak usahlah budak-budak berhingus hanyir nak exploitasi  tentang  Mahathir nak jadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Semuanya sama sahaja kecuali Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Mahathir tidak jadi Perdana Menteri jika tidak kerana jasa Perdana Menteri Tun Abdul Razak  dan Najib tidak akan jadi Perdana Menteri  jika tidak kerana belas kasihan Mahathir dan juga  kerana kelemahan Mahathir mudah terpengaruh dengan kekuatan penampilan luar seseorang. 

ZamKata

Post a Comment

1 Comments

  1. BN selesa sekarang. PAS amik alih tugas BN hentam DAP PKR PAN BERSATU.

    ReplyDelete