Nik Amar Enggan Ulas Hubungan Kerjasama PAS PKR


Keputusan sama ada untuk meneruskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diputuskan pada Muktamar Pas ke-63, kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata menerusi muktamar berkenaan, perwakilan yang hadir akan membahaskan mengenai perkara itu jika menerima banyak usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
"Kalau muktamar putuskan kita putus hubungan tahaluf (dengan PKR) ini maka kita kena terima hakikat dan kita akan bergerak mengikut keputusan, tapi kalau muktamar putuskan untuk kekal maka kita seperti biasalah.
"Cuma (pembahagian) kerusi mungkin ada perbincangan baharu kerana perkembangan politik di seluruh negara dan kedudukan yang ada perlu dibuat perbincangan kalau tahaluf ini diteruskan, kalau tidak, kita bertanding semua kerusi yang kita bertanding kalau tahaluf putus sebab kita tak perlu berbahagi kerusi dah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan ke-13 di Kompleks Kota Darul Naim yang dirasmikan Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini, Pas kawasan Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Dewan Pemuda Pas Tumpat meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR selepas melihat parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.

Bagaimanapun, Mohd Amar enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Pas jika muktamar memutuskan untuk menamatkan sebarang kerjasama dengan PKR.
"Bila ada keputusan maknanya kita kena bertindak ikut keputusanlah... sekarang ini masih terlalu awal untuk komen," katanya.
Muktamar Pas akan berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei di Kedah.

MD

Post a Comment

2 Comments

  1. Oooit!! Mcmana ni? Kluk klek lagi ke?
    Dulu beria-ia sungguh pemimpin2 parti lebai, terutama sekali mr presideng lebai kata: takder kerjasama dgn mana2 pihak yg ada hubungan dgn Amanah dan Dap!
    Sudah laaa lebai woi!!! Putus je la hubungan dgn Pkr tu krn Amanah, PKR dan Dap dh ada jalinan kerjasama!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm biasa la... Presiden kata lain, Timb Presiden kata lain

      Delete