India Kuatkuasa Penjara "Admin Group" Sebar Berita Palsu

Penyebaran berita palsu dan tular adalah amat sukar dibendung. Setiap pasti ada sahaja berita sensasi yang disebarkan menerusi media sosial sehingga menimbulkan keresahan orang ramai. Kes paling klasik ialah insiden mencuri telefon pintar di Plaza Low Yat 2015 yang mengakibatkan berlakunya rusuhan dan timbulnya sentimen perkauman.
Di Varanasi India, pihak berwajib menyedari masalah penyebaran berita palsu. Oleh itu undang-undang baru akan digubal bagi membendungnya. Pentadbir kumpulan Facebook dan WhatsApp dari bandar yang terletak di Uttar Pradesh ini boleh dikenakan hukuman penjara sekiranya mereka didapati bersalah menyebarkan berita palsu.
Berita palsu di India telah menyebabkan beberapa insiden cemas di kalangan penduduk yang mudah mempercayai berita tular tanpa usul periksa.
Pihak pentadbir perlu aktif memadam dan mengharamkan ahli kumpulan yang menyebarkan berita palsu. Walaupun pentadbir tidak memuat naik berita palsu tersebut, mereka adalah bertanggungjawab untuk menyaring setiap kandungan yang dikongsikan.

Post a Comment

0 Comments