Kerajaan China Enggan Lulus Perjanjian Dengan Iskandar Waterfront Holdings ?

Kerajaan China dikatakan enggan meluluskan perjanjian firma milik negara itu dengan Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor Iskandar Waterfront Holdings (IWH) untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia, lapor Wall Street Journal.
.
Akhbar itu menyifatkan kegagalan perjanjian RM7.41 bilion berkenaan sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang semasa perutusan Tahun Baru berkata “isu 1MDB yang saya janjikan pada rakyat tempoh enam bulan sudah pun nampak penyelesaian,"
.
WSJ melaporkan 1MDB masih belum mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2015 atau 2016, jadi keadaan kewangan semasanya adalah tidak jelas.
.
“Namun, kegagalan usahasama itu mungkin menambah tekanan kepada Najib, yang juga menteri kewangan, untuk mencari cara lain membayar hutang 1MDB," kata laporan itu.
.
WSJ juga mendakwa melihat dokumen dalaman daripada kementerian kewangan Malaysia, yang kononnya menyatakan bahawa sebab utama kegagalan ushasama itu adalah bahawa kerajaan China enggan memberikan lampu hijau kepada China Railway Engineering Corporation (CERC) untuk membuat pelaburan.
.
Akhbar tersebut juga mendakwa bahawa "sumber yang rapat dengan perkara itu" telah mengesahkan perkara berkenaan.
.
"Dokumen Kementerian Kewangan mengatakan bahawa konsortium itu diberikan 12 lanjutan, dengan yang terakhir luput pada 30 April ..," katanya.
.
WSJ berkata pejabat Perdana Menteri dan 1MDB tidak bertindak balas terhadap permintaan mereka untuk mendapatkan ulasan, manakala pejabat maklumat kerajaan China juga tidak menjawab.
.
Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan dakwaan dalam laporan ini.
.
Semalam, TRX City Sdn Bhd, yang dimiliki oleh kementerian kewangan, dalam satu kenyataan berkata bahawa perjanjian jualan saham (SSA) yang dimeterai pada 31 Dis 2015 dengan konsortium berkenaan telah luput.
.
"Ini adalah kerana, walaupun lanjutan diberikan, IWH-CREC gagal untuk membuat pembayaran yang digariskan dalam syarat di bawah SSA.
.
"Hasilnya, Perjanjian Jualan Saham antara pihak-pihak ini terbatal dan tidak sah berkuatkuasa serta merta," kata kenyataan dari TRX sambil menambah kerajaan kini akan menangguhkan rancangan TRX City untuk menjual tanah berkenaan.
.
Perjanjian Bandar Malaysia sebelum ini disebut-sebut sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB bagi tujuan mengurangkan hutang firma pelaburan negara itu.
.
Tanah prima atau utama seluas 486 ekar di Sungai Besi, atau Bandar Malaysia, telah pun dipindahkan dan diletakkan di bawah kementerian kewangan.

MK

Post a Comment

0 Comments