Suami Ezlynn Kecewa "Akan Dedah Kisah Sebenar"


Suami kepada penyanyi Ezlynn, Adam Fahmy Shamsudin kecewa dengan sikap isterinya yang melemparkan pelbagai tuduhan buruk di media dan laman sosial bertujuan merosakkan kredibilitinya.

Adam, 38, yang pernah menguruskan kerjaya Ezlynn, 35, sejak 11 tahun lalu berkata, isterinya berbuat demikian kerana mempunyai motif tertentu.
"Tuduhan dan fitnah Ezlynn selama ini bermotif untuk memaksa saya menceraikannya. Saya akan menjelaskan cerita yang sebenarnya nanti," katanya kepada Harian Metro.
Pasangan ini sudah empat bulan tinggal berasingan dan dalam proses perceraian.

Mereka akan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur jam 10 pagi esok sebagai susulan kes penceraian mereka.

Selasa lalu, Ezlynn mengejutkan ramai peminat apabila memuat naik status di Instagram mendedahkan rumahnya ‘dirompak’ suaminya sendiri.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu turut membuat laporan polis dengan mendakwa Adam mengambil barang-barang termasuk merosakkan kediaman mereka sehingga rumah itu kelihatan seperti rumah tinggal.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan esok untuk laporan hakam berhubung kes perceraian mereka selepas kedua-dua pihak tetap mahu meneruskan perceraian walaupun selepas melalui proses timbang tara.

HM

Post a Comment

1 Comments