Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Gen. Gatot Nurmantyo dihalang menaiki pesawat ke Amerika Syarikat untuk menghadiri sebuah persidangan di Washington.
Gatot dan isterinya dimaklumkan arahan itu oleh penerbangan Emirates yang sepatutnya membawa mereka ke Amerika Syarikat Sabtu lalu.
Gatot dijemput oleh Ketua Turus Angkatan Tentera AS, Ge. Joseph Dunford untuk menghadiri persidangan di Washington, lapor media Indonesia.
Sejurus sebelum berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Banten, beliau dimaklumkan namanya disenaraihitam oleh pihak berkuasa AS.Sehubungan itu, Kementerian Luar Indonesia menghantar nota diplomatik kepada Setiausaha Luar AS untuk mendapatkan penjelasan.
Jakarta turut menghantar surat kepada Kedutaan AS di negara itu.
Beberapa diplomat kanan di kedutaan itu turut dipanggil oleh Kementerian Luar untuk memberi penjelasan.
FMT
0 Comments