Ibarat bercakap menyeru membebel mengamuk meracau dan pelbagai lagi tindakbalas marah pada kerajaan sebab kenaikan harga minyak. Alasan yang akan digunapakai semestinya mudah dan berkesan. Harga minyak dunia naik, rakyat masih tidak terbeban dan bla bla bla bla... Untuk redakan hati rakyat, nanti para menteri akan buat satu lawak jenakan yang semestinya akan menggoncang kopiah di kepala untuk mengeluarkan fatwa yang nampak islamik untuk mendiamkan golongan berjubah daripada berkata-kata.
Inflasi meningkat dengan diam membisu dan rakyat disajikan dengan pengukuhan ekonomi dan berharap bulan BRIM boleh menyembuh luka sementara. Apa nak kisah, rakyat malaysia mampu bertumbuk gara-gara kasut adidas limited edition berharga lebih 1k.
Info whatapps :
Kenyataan Media
15 November 2017
KENAIKAN MELAMPAU HARGA MINYAK, KITA BERKAMPUNG DI PARLIMEN BERMULA SELASA DEPAN
1. Kerajaan benar-benar tidak mengambil endah teriakan dan rungutan rakyat di bawah. Kenaikan sebanyak 7 sen untuk RON95, 6 sen untuk RON97 dan 5 sen untuk diesel benar-benar mencabar kesabaran rakyat yang telah sedia susah dan perit dengan bebanan GST dan kenaikan harga barang keperluan.
2. Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN), NGO-NGO dan gerakan anak muda telah mengambil ketetapan untuk mula berkampung di Parlimen tepat jam 12.01 pagi pada 21 November 2017. Kita menyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama-sama dalam protes ini bagi memastikan harga bahan api turun dan stabil.
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Pengarah Mobilisasi Pemuda HARAPAN Malaysia
0 Comments