20 Meter Padu Air Percuma Untuk Rakyat Terengganu Bermula Januari 2018


Seramai 1.22 juta penduduk di negeri ini bakal menikmati bekalan air percuma sehingga 20 meter padu sebulan mulai awal tahun depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pemberian bekalan air percuma itu hanya melibatkan pengguna domestik di negeri ini.
"Ia bakal memberi manfaat sebanyak 100,000 buah rumah di seluruh Terengganu melibatkan peruntukan kira-kira RM6.3 juta setahun. Kerajaan negeri komited untuk menjaga kebajikan rakyat khasnya yang melibatkan bekalan air bersih kepada rakyat," 
Terdahulu, beliau membentangkan Bajet 2018 berjumlah RM1.996 bilion dengan defisit sebanyak RM181 juta berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak RM1.815 bilion

Sumber : Kosmo

Post a Comment

0 Comments