Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berdepan saman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berikutan fitnah mendakwa menteri berkenaan melantik ahli keluarganya sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.
Ujar Abdul Rahman, Rafizi mengatakan bahawa telah membuat penyiasatan dan penyelidikan serta mempunyai bukti bahawa Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Intergrated Exhibit Sdn Bhd, adalah abang kepada Abdul Rahman."Sekali lagi Rafizi secara sengaja merekacipta satu pembohongan besar dalam kerakusan beliau untuk memfitnah saya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak.
"Ini membuktikan Rafizi adalah seorang pembohong tegar bersiri (compulsive serial liar) yang tidak pernah takut kepada Allah.
"Saya akan berbincang dengan peguam saya dalam masa yang terdekat ini untuk tindakan undang-undang seterus terhadap pembohong tegar bersiri bernama Rafizi Ramli ini," ujar Abdul Rahman.Abdul Rahman merangkap Ahli Parlimen Kota Belud turut berharap Pakatan Harapan mengeluarkan arahan agar Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu tutup mulut kerana pembohongan ini sekaligus mengaibkan pakatan berkenaan.
"Rakyat perlu membuka mata terhadap pembohong tegar bersiri ini kerana penyakit berbohong dia ini tidak boleh diubati lagi," katanya lagi.
Dakwaan oleh Rafizi diutarakan menerusi sidang media di laman Facebook miliknya namun semakan Malaysian Digest mendapati ianya telah dipadam.
Sumber : MalaysiaDigest
3 Comments
Apa punya penyiasat la ko ni piji. Gopoh sangat!
ReplyDeleteKelakar la ko piji. Buat sidang media. Sekali kantoi. Dah terkena ke piji...
ReplyDeleteTak tau lagi sapa yang pembohong.Masing2 dah jadi musuh politik.Kalau percaya terus cakap orang,sama2 la kauorang masuk longkang!
ReplyDelete