Tahukah kalian, selain perokok & secondhand smoke, ada juga istilah thirdhand smoke?
Thirdhand smoke terjadi apabila saki baki nikotin & bahan kimia dari rokok melekat pada permukaan bahan-bahan indoor, yang akhirnya bereaksi dgn bahan tersebut membentuk bahan toksik kpd manusia
Bahan campuran toksik ini juga mengandungi bahan-bahan penyebab kanser yang akhirnya dihidu oleh manusia. Ia membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak.Contoh asap melekat di dinding, pakaian atau perabot, lama-lama reaksi kimia menghasilkan bahan toksik campuran yg berbahaya.
Oleh kerana itu, matlamat kami adalah untuk membentuk PERSEKITARAN BEBAS ROKOK, bukan hanya orang berhenti merokok.
Kami mahu persekitaran bebas asap rokok & orang awam bebas dari menjadi mangsa secondhand & juga thirdhand smoke.
Sumber : Dr Khairul Hafiz
2 Comments
great sharing
ReplyDeleteTanpa memberi bukti kajian saintifik dan juga tiada sebarang data statistik diajukan, maka hujah yang dilontarkan itu tidak memberikan sebarang makna.
ReplyDelete