Malam2 ni, najib pulak hadir dengan logo baru. Harap2 profile picture pun tukar la sekali sempena PRU14.
Steady pulak najib bila haji hadi kata nak bertanding seberapa banyak kerusi. Cybertrooper pun diam jer.
Jangan tiru naaa logo NR
Dipetik dari : NajibRazak
Pentadbiran Kerajaan di bawah pimpinan saya dan kabinet sejak 2009 sentiasa bertunjangkan 5 Prinsip yang berfungsi sebagai penunjuk arah dalam memacu negara kepada kejayaan. Sejajar dengan itu, suka saya memperkenalkan logo baharu bagi NajibRazak.com yang akan mencerminkan 5 Prinsip tersebut.
Prinsip Pertama: Ekonomi
Kita memberi banyak fokus ke arah memastikan ekonomi kita terus kukuh dan berdaya saing. Antara langkah pertama yang saya lakukan sebagai Perdana Menteri adalah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi, atau ETP bagi memacu transformasi dan pertumbuhan ekonomi negara. Semenjak itu, ekonomi Malaysia telah melangkah tapak demi tapak lebih kukuh, dan kita berjaya mengharungi ketidakstabilan ekonomi dunia hasil perancangan teliti Kerajaan dan kesanggupan kita melaksanakan apa yang perlu dan bukan apa yang popular. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Visi Ekonomi saya Untuk Malaysia di sini.
Prinsip Kedua: Global
Menerusi dasar dan pendekatan yang kita laksanakan, kita berterusan mempunyai pengaruh yang kuat di persada antarabangsa. Antara lain, Malaysia telah berjaya dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi tempoh 2015 hingga 2016, memainkan peranan penting dalam isu kemanusiaan global seperti Isu Rohingya, Palestin, selain terus menjalinkan hubungan baik dengan hampir kesemua negara di dunia. Hasil daripada hubungan baik ini, kita berjaya meningkatkan pelaburan asing ke Malaysia, menambah kuota Haji, dan bemacam-macam lagi.
Prinsip Ketiga: Berwawasan
Pemimpin-pemimpin negara sentiasa perlu memikirkan dan melaksanakan yang terbaik bukan sahaja ketika mengetuai negara, tetapi lebih daripada itu, untuk generasi dan waris negara di masa hadapan. Lantas, kita memperkenalkan Transformasi Nasional 2050 untuk kita merencana bukan sahaja apa yang perlu dilakukan, tetapi juga bagi mendengar aspirasi dan harapan rakyat mengenai masa depan Malaysia yang kita cintai ini.
Prinsip Keempat: Rakyat di Hati
Segala apa yang kita lakukan, saya sering menekankan bahawa ia perlulah mengambil kira kepentingan rakyat. Rakyat perlu sentiasa Didahulukan. Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan berdasarkan kepada hasrat dan keinginan rakyat. Kita juga mengambil langkah seperti memansuhkan subsidi pukal dan memperkenalkan subsidi bersasar, mengambil kira pandangan serta pendapat rakyat seperti dalam pembentukan Bajet tahunan dan juga dalam TN50 yang mengguna pakai pendekatan bottom-up serta banyak lagi.
Prinsip Kelima: Penyampaian atau “Delivery”
Segala apa yang kita rancangkan, perlulah disertai dengan “Delivery”, atau penyampaiannya. Alhamdulillah, di bawah Kerajaan Barisan Nasional, kita telah berjaya “Deliver” kepada rakyat hampir kesemua yang dijanjikan, daripada Perumahan, Projek-projek berimpak tinggi yang berteraskan kepentingan rakyat atau InfraRakyat, penyampaian kepada rakyat melalui perkhidmatan awam, Kesihatan, Pendidikan dan banyak lagi.
Insya-Allah, saya, kabinet dan Kerajaan Barisan Nasional akan terus berpegang kepada 5 Prinsip ini untuk terus memimpin Malaysia ke arah mencapai bukan sahaja impian dan cita-cita, tetapi untuk masa depan yang lebih gemilang dan cemerlang buat rakyat Malaysia kesemuanya.
3 Comments
Logo macam gampang, tuan punya logo lagilah haprak!
ReplyDeleteThis is a solid proof of a muslim malay who believes and lives in superficialities and hypocrisies. He will continue to indulge in fantasies, spew fictions and spin falsities.....
ReplyDeleteAnd melayu muslim loves it. Sebab itu dunia muslim never be the same again......
Wallahuaklam
Engko sorang ajer la yang paham najib oiii.....
ReplyDelete