Nampaknya selepas ni penyokong PAS boleh diam diri daripada sibuk pertikai, persoal "Siapa Calon PM Pakatan Harapan"
Agaknya pemimpin kanan kiri Haji Hadi lupa memberitahu, sebenarnya merekalah yang galak duk pertikai calon perdana menteri pakatan harapan, kabinet bayangan pakatan harapan, bajet alternatif pakatan harapan. Boleh dikatakan setiap perkara yang diterjemahkan oleh pakatan harapan, penyokong dan pemimpin pas begitu gembira sekali menghentam bersama penyokong BN.
Untuk inspirasi penyokong PAS, hadamlah kata-kata presiden seperti dibawah :
"Bukan semestinya PAS menjadi ketua kerajaan, bahkan PAS boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan bertaawun dengan ketua negara yang boleh menerima Islam, sama ada kerajaan parti atau kerajaan teknokrat yang boleh diatur perubahannya yang lebih positif, bukannya perubahan dan pindaan Perlembagaan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti tikus membaiki labu," Sumber : BH
1 Comments
HAHAHAHAHHA... kesian sungguh kt penyokong PAS. Tula, persoal calon PM PH, sekali kena batang hidung. Pandai pulak dia pusing
ReplyDelete