Nota Bayi Lelaki Yang Ditinggalkan "Ibu Misteri"


Isu yang tidak pernah lapuk dan sentiasa menjadi bualan media hampir setiap tahun, bukan setakat di malaysia tapi boleh dikatakan disetiap negara mempunyai permasalahan yang sama. Walaupun pelbagai inisiatif kesedaran dilakukan, kes pembungan bayi tetap berlaku setiap tahun.

Dengan lambakan pendatang asing di malaysia, jika kes begini berlaku dan tidak dapat dipastikan samada bayi tersebut adalah warganegara atau tidak tetapi yang pasti kerajaan semestinya bertanggungjawab memastikan bayi tersebut selamat dijaga.

Adakah kerajaan perlu tubuhkan satu tempat khas untuk mengambil anak yang akan dibuang, dibuang, anak luar nikah dan anak terbiar. Mungkin perlu ditubuhkan disetiap negeri. Ataupun pihak jabatan agama islam itu sendiri menubuhkan satu perbadanan khas untuk mengambil dan menjaga anak tersebut. Anak tersebut tidak bersalah, yang bersalah adalah ibubapa.

Laporan Asal :
Seorang bayi lelaki baru lahir dijumpai di dalam kotak di sebuah rumah di Jalan Selasih, Kampung Kurnia Jaya, Kamuting, Taiping, hari ini.
Bayi seberat kira-kira 2.5 kilogram itu ditemukan di tepi pasu bunga di hadapan rumah seorang wanita pada 2.15 pagi.
Saksi berkata baru pulang ke rumahnya, terdengar tangisan bayi berkenaan sebelum menjumpainya dalam keadaan dibalut dengan kain langsir berwarna hijau dan diletakkan di lantai.
Saksi itu mendapati uri bayi itu turut dibalut bersama kain itu lalu dia menghubungi talian kecemasan 999 sebelum ambulans membawa bayi itu ke Hospital Taiping,” 
Kewarganegaraan bayi itu belum dapat dikenal pasti dan dia dilahirkan cukup bulan.
Razlam berkata pihaknya turut menemui sekeping nota yang ditinggalkan bersama bayi lelaki itu.

Menurut nota itu: “Tolong jaga anak ini baik-baik, maaf sebab saya terpaksa buang dia. Harap mak cik dan pak cik tolong jaga sebagai keluarga kandung. Saya tidak dapat menjaga dia, saya datang dari jauh dengan harapan inginkan kebaikan kepada anak saya, biar dia hidup bahagia dan jangan kutuk serta hina dia anak haram. Tolong jaga dia.”

Sumber : MK 

Post a Comment

3 Comments

  1. Itulah buat anak @ memantat pandai, jaga tak nak, nyusahkan nyusahkan orang je tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn cpt menuduh bro. xtahu lagi jalan crita.

      Delete