PAS berkata ia bukan sahaja ada harapan untuk mengetuai kerajaan selepas pilihan raya akan datang, tetapi juga sudah ada calon perdana menteri.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Presiden kita ada satu. Tentulah presiden kita,”Semalam, Sinar Harian memetik Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai melahirkan keyakinan “keajaiban politik” boleh berlaku pada pilihan raya akan datang, walaupun parti itu disebut-sebuh akan menghadapi kekalahan teruk kerana enggan turut sama dalam Pakatan Harapan.
Menurut Amar, “sekiranya dikehendaki Allah”, pimpinan PAS mampu diangkat sebagai perdana menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.
Idris yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang berkata parti itu tidak pernah membincangkan siapakah calon perdana menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya.“Kita lawan (dalam PRU14) dulu, apa sibuk sangat,” katanya.
Sumber : FMT
3 Comments
Kejap cakap presiden, kejap ckp tak bincang lagi. hahahaha...
ReplyDeletemengata kat parti lain bkn main...
Over dos pil kuda kot...."Kita lawan(dalam PRU14)dulu,apa sibuk sangat," kata mat derih...Kalu hangpa nak lawan sorang tetap akan kalah...kalu x mau bergabung dengan salah satu parti UMNO ataupun PH x yah sembang deraslah...mat derih..!silap percaturan Kelantan pun ghuyup...
ReplyDeleteBerani ko.. Xtakut kena fatwa ke!
Delete