Gadis 13 Tahun Dibunuh "Kekasih Ibu"


Gara-gara tidak berpuas hati selepas bertekak dengan anak perempuan kekasihnya, seorang pekerja kilang perabot bertindak kejam mencekik pelajar berusia 13 tahun itu sehingga mati di sebuah rumah sewa di Permyjaya di sini kelmarin.
Suspek berusia 33 tahun itu akhirnya terbongkar selepas cubaannya membuang mayat mangsa di sebuah kawasan semak di Jalan Perlis, Kuala Baram gagal kerana dikejutkan de­ngan kehadiran dua anggota polis peronda.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek dipercayai telah bertengkar dengan mangsa di sebuah rumah sewa di Permyjaya.

Katanya, kemuncak pertengkaran mereka, suspek dipercayai mencekik leher pelajar tingkatan satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau itu sehingga dia mati.

Sumber : Kosmo

Post a Comment

2 Comments

  1. pastikan dapat balasan setimpal

    ReplyDelete
  2. kesian apabila melihat manusia sekarang semakin hilang pertimbangan, undang undang harus ditegakkan

    ReplyDelete