Goldman Sachs - Bitcoin Boleh Berjaya Menjadi Matawang Sebenar


Tidak dinafikan aura bitcoin dan altcoin semakin meluas dan disebalik itu juga perkembangan teknologi blockchain disebalik setiap altcoin menjadi buruan pencipta revolusi. Sebagai contoh perkhidmatan basikal oBike yang menggunakan oCoin untuk pembayaran secara scanning. oCoin menggunapakai platform TRON atau lebih dikenali $TRX.

Goldman menyatakan di US, kestabilan matawang US tidak memberi kesan terhadap fenomena bitcoin tetapi dinegara yang sedang membangun dan mempunyai masalah kewangan yang serius, mereka menjadikan bitcoin sebagai alternatif aset selamat selain daripada gold dan komoditi lain.

Goldman menyatakan sekiranya bitcoin, ethereum dan altcoin lain dijadikan sandaran kepada aset selamat, tidak mustahil keprihatinan terhadap matawang kripto ini dijadikan perkara utama.

Untuk pengetahuan semua, jumlah pengeluaran bitcoin terhad kepada 21juta sahaja. Dan sekiranya kesemua bitcoin telah berjaya dicari, harga terakhir itulah yang akan menjadi harga pertukaran medium semasa.

Sumber : Bloomberg

Post a Comment

0 Comments