Mahathir Akan Bersihkan Kerosakan Dibuat Najib ?


Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan cabaran getir untuk memulihkan ekonomi serta institusi kerajaan selepas Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentadbbiran negara, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru kata bekas timbalan perdana menteri itu beliau tidak berasa iri hati dengan pemilihan Dr Mahathir sebeagai calon perdana menteri HARAPAN.
Kata Muhyiddin, dengan "segala kerosakan" yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak, tugas memulihkan keadaan adalah berat dan terletak pada Dr Mahathir.
"Semua perkara yang sudah diselewegkan ini, Dr Mahathir kena cari jalan macam mana nak perbetulkan pada kadar segera supaya negara kita kembali semula di atas landasan yang benar," katanya semasa berucap di majlis pelancaran BERSATU bahagian Setiawangsa malam tadi.
Tugas paling mencabar buat Dr Mahathir, kata Muhyiddin, ialah  memulihkan ekonomi agar negara tidak terjerumus ke kancah yang cukup dalam dan tak mampu bangkit lagi.

Pada 7 Jan lalu HARAPAN secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai calon mereka untuk jawatan perdana menteri jika berjaya mengatasi BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dinamakan sebagai timbalan perdana menteri.


Ini adalah amanah

Kata Muhyiddin selain kecurian atau kehilangan wang, antara "kerosakan" yang dilakukan Najib kini ialah pebagai institusi kerajaan sedia ada menjadi tidak berkesan disebabkan oleh kawalan ketat.
"Penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, sehingga banyak orang diugut dan terugut oleh sebab tindakan-tindakan rakus kuasa yang dibawa oleh Najib Razak," katanya.
Untuk rekod Najib dikaitkan dengan skandal 1MDB sejak Muhyiddin dan Dr Mahathir belum menubuhkan BERSATU. Bagaimanapun Najib secara konsisten menafikan beliau terbabit dalam sebarang salah laku atau penyelewengan dalam syarikat pelaburan milik penuh kerajaan itu.

Sehingga Sept tahun lalu kadar hutag negara ialah sebanyak RM687.4 bilion.

Kata Muhyiddin walaupun tugas Dr Mahathir memulihkan negara sukar, ia perlu dilakukan.
"Ini amanah, dan kita mahu menunjukkan bahawa kerajaan baru ini jauh lebih baik daripada kerajaan BN," katanya.

Sumber : MK

Post a Comment

0 Comments