Bapa Durjana - Paksa Anak Makan Pil Perancang Untuk Lempiaskan Nafsu !!


Seorang pekerja am dijatuhkan hukuman penjara 80 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 4 pertuduhan merogol anak kandungnya.

Hakim Dayang Ellyn Narissa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 40 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, hanya mengangguk kepalanya ketika keputusan dibacakan kepadanya, dan hakim memutuskan supaya hukuman dijalankan secara berasingan.

Tertuduh didakwa melakukan jenayah itu terhadap anak perempuannya sebanyak 4 kali dalam tempoh 3 tahun lepas, bermula sejak Mac 2015 ketika mangsa itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Padawan, kira-kira 65 km dari sini.
Mangsa juga dibawa oleh bapanya ke farmasi dan dipaksa makan pil pencegahan kehamilan selepas dirogol, dan selepas tidak tahan dengan keadaan tersebut, mangsa bertindak memberitahu ibunya mengenai perlakuan bapanya itu melalui aplikasi WeChat.
Tertuduh ditahan beberapa bulan lalu, selepas ibu manga membuat laporan polis.

Terdahulu, tertuduh, yang menundukkan muka sepanjang prosiding berlangsung, memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan dia harus menjaga 3 anak perempuan dan seorang lelaki, termasuk mangsa.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa trauma.
“Sumbatkan dia ke dalam penjara untuk jangka panjang dan buang kunci tersebut”, katanya.

Sumber : FMT

Post a Comment

2 Comments