Faiz - Jangan Abaikan Kerugian KWSP


Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mempersoalkan kebijaksanaan Naib Ketua Pemuda UMNO saudara Khairul Azwan Harun (Azwan Bro) mempertahankan kewajaran pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat ekoran bayaran tinggi dividen KWSP.
Azwan Bro diingatkan untuk tidak mengabaikan kerugian KWSP sebanyak RM200 juta berkaitan langganan bon 1MDB dan pembelian loji tenaga anak syarikat 1MDB Panglima Power Sdn Bhd dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd sebanyak RM1.52 bilion. 
1MDB adalah sebuah syarikat yang nazak sepertimana dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa 1MDB berhutang sebanyak RM50 bilion dan oleh itu bagaimana pelaburan KWSP dalam 1MDB boleh membawa pulangan baik kepada KWSP.

1MDB yang terpalit dengan pelbagai skandal penyelewengan wang negara sehingga menyebabkan penyusutan nilai Ringgit yang mengakibatkan kemerosotan ekonomi dan kenaikan harga barang. Maka, pembayaran dividen KWSP yang tinggi tidak membawa apa-apa makna dalam menangani  beban hidup rakyat kerana masalah ekonomi tidak diselesaikan secara holistik.

Jika Azwan Bro merujuk pelaburan KWSP di Amerika Syarikat sebagai pelaburan sebanyak USD 4 bilion dalam lawatan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak September 2017, ia adalah satu dakwaan yang sangat naif kerana tidak mungkin dalam tempoh yang singkat ini, KWSP telah memperolehi keuntungan yang tinggi. Sesuatu pelaburan bukanlah seperti bermain mesin judi di Las Vegas yang boleh membawa keuntungan dalam satu malam.

Facebook : FAIZ FADZIL
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH NASIONAL

Faiz - Jangan Abaikan Kerugian KWSP Faiz - Jangan Abaikan Kerugian KWSP Reviewed by Mat Ozil on February 15, 2018 Rating: 5

1 comment:

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    ReplyDelete