Nak Henjut Lama Punya Pasal..


Seorang lelaki Indonesia bukan sahaja
terpaksa menahan kesakitan selama beberapa jam malah menanggung malu besar, apabila cincin besi atau 'ring' yang dipakai pada kemaluan bagi tujuan seks, tersekat lalu membengkak dan gagal dikeluarkan.

Akibat kejadian terbabit, dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan bantuan kecemasan, petang semalam.

Bagaimanapun, selepas pasukan doktor di Unit Kecemasan Hospital Melaka tidak dapat mengeluarkan cincin berkenaan, mereka akhirnya mendapatkan bantuan pasukan bomba dan penyelamat, yang sudah biasa dipanggil membantu memotong cincin yang terlekat pada jari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd Din berkata, seramai empat anggota termasuk dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu yang diketuai beliau sendiri bergegas ke hospital, sejurus menerima panggilan pada jam 6.26 petang semalam.

Beliau berkata, pasukannya mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum berhasil memotong dua cincin daripada kemaluan mangsa, seorang warga Indonesia berusia 30 tahun.

Dua cincin yang berjaya dikeluarkan.
"Anggota kami terpaksa menggunakan pemotong khas dinamakan 'Rescue Ring Cutter' bagi memotong dua cincin besi terbabit sebelum ia berjaya dikeluarkan dari kemaluan lelaki berkenaan.

"Mangsa di dalam keadaan selamat dan menyerahkannya kepada pihak hospital untuk tindakkan lanjut," katanya.

Sumber : SH

Post a Comment

3 Comments