Pembiakan Atheis vs Pertelagahan Agama


Perkembangan atheis tidak boleh dipandang remeh dan situasi tersebut dilihat semakin menjadi berikutan perbezaan pendapat antara agamawan dan penipuan yang dibuat direka oleh pemimpin yang menggelar diri mereka memartabatkan agama tetapi hakikatnya dipenuhi dengan tipu helah.

Adakah ia membimbangkan islam. Semestinya tidak jika pemimpin dan umat islam itu sendiri menggunakan nama islam dijalan yang betul. Tetapi sekiranya ia digunakan pada jalan yang salah sehingga menyebabkan kecelaruan minda dikalangan umat islam itu sendiri. Kesalahan penyebaran atheis harus dipertanggungjawab terhadap pemimpin islam itu sendiri.

Sibuk hanya berceramah dimasjid dan mengharapkan golongan celaru kembali ke masjid, hakikatnya mereka yang sibuk menghasut berterusan turun ke padang supaya kita melupakan masjid.

Semoga kita semua dijauhi dari ajaran sesat atau terpengaruh dari golongan atheis.

Sumber : MK

Post a Comment

1 Comments