Sekolah "Pelajar Bunuh Diri Dituduh Curi iPhone" Diserang !!


SMK Nibong Tebal, sekolah di mana seorang guru telah menuduh seorang pelajarnya mencuri telefon bimbit iPhone telah diserang pagi ini.

Seorang penunggang motosikal didakwa melontar batu di luar pintu utama sekolah itu pada kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Kejadian itu disaksikan oleh pengawal keselamatan sekolah dan seorang guru.

Tiada kecederaan dilaporkan, namun pihak sekolah telah membuat laporan polis dan nombor pendaftaran motosikal itu juga diberikan.

Sekolah yang terletak di Nibong Tebal di tanah besar Pulau Pinang itu menjadi perhatian selepas kontroversi kehilangan telefon bimbit iPhone guru itu telah menyebabkan pelajar yang dituduh cuba membunuh diri.
Pelajar Tingkatan Dua, M. Vasanthapiriya, 13, bertindak cuba membunuh dirinya dengan menggantung diri di dalam biliknya pada 24 Januari lalu, selepas penafiannya tidak diendahkan.
Vasanthapiriya masih hidup ketika ditemui bapanya, dan berada dalam keadaan koma selama seminggu di Hospital Seberang Jaya. Pelajar itu meninggal dunia pada Khamis lalu.
Semenjak itu, guru tersebut menerima pelbagai kecaman dan kutukan seperti di Facebook kerana didakwa menyebabkan pelajarnya membunuh diri.

Dilaporkan guru tersebut memarahi dan memukul Vasanthapiriya hadapan rakan-rakan sekelasnya, mengurungnya di dalam bilik guru dan kemudian membawanya pulang untuk dibawa pulang ke rumah untuk bersemuka dengan ibu bapanya.

Semenjak kejadian itu, guru itu telah ditukarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Prai sementara menunggu hasil siasatan dalaman oleh jabatan pendidikan sama ada dia melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Nibong Tebal, Teoh Seang Hooi berkata, pengetua memaklumkan kepadanya selepas kejadian itu berlaku.

Tindakan itu katanya, boleh membawa kepada situasi yang lebih buruk.
"Saya merayu kepada orang ramai supaya jangan mengambil tindakan sendiri. Pihak PIBG akan mengadakan sidang akhbar selepas polis dan Jabatan Pendidikan mengeluarkan keputusan hasil siasatan mereka."

Sumber : MI

Post a Comment

2 Comments

  1. SELAMAT ANDA MENDAPATKAN UNDANGAN RESMI DARI SUMOQQ.ORG Kunjungi skrg Live Chat nya u/Info lbh Lanjut,Dan Dapatkan Jutaan Rupiah Dengan Cuma-Cuma BBM : D8ACD825

    ReplyDelete