Najib Sindir Mahathir Sebab Kedai Roti "The Loaf" ?


Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat 4 pusingan U dalam kenyataannya dan menyalahkan ekonomi negara apabila terpaksa menutup kedai roti miliknya.

Najib berkata, perbuatan bekas pemimpin negara itu disifatkan melalut kerana menukar 4 kali kenyataan berhubung penutupan The Loaf dalam masa 2 minggu bagi menyalahkan kerajaan.
“(Dia) bukan nak dengar cakap orang dah, melalut cakapnya, hari ini cakap lain esok cakap lain macam kedai roti dalam 2 minggu 4 kali tukar (kenyataan), mula-mula kata kedai dia, lepas itu kata bukan kedai dia, lepas itu kata nak jual kedai dia, akhir kata baru mengaku kedai dia.
“Sebab apa dalam daftar syarikat dia ada 10 juta saham (dalam kedai roti) dan pegang 51% ekuiti. Janganlah kita main politik yang begini, jangan kita tuduh orang tidak berasas, berdosa nanti. Tak apa, itu dia dengan Allah nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengandungi 957 unit kediaman di Batu 4, Jalan Changkat Jong hari ini.

Sumber : FMT

Post a Comment

2 Comments

  1. Najib itu jauh lebih teruk lagi, bila ditanya fasal wang RM2.6 billion dalam akaun peribadinya, mula-mula dia berdiam diri dan apabila desakan bertalu-talu dia nafi, kemudian mengaku ianya benar, dah tu kata duit derma dari arab dan paling kelakar sebahagian besar wang derma itu dipulangkan kepada penderma tersebut. Terima duit derma kemudian pulangkan sebahagian besar dar[padanya, itu bodoh jenis apa? Dengan usia baru 60an berbanding Tun M 93, siapa yang sebenarnya melalut!

    ReplyDelete