Malaysia Baru - Puashati ?


Selesai susah PRU14. Yang gembira mereka yang mahukan kerajaan BN jatuh tersungkur dan yang termenung semestinya kerajaan terdahulu. Bagi aku hanya 2 kesilapan besar yang tidak diendahkan oleh BN.

  1. GST
  2. 1MDB (Jatuhkan Najib Razak)
Jika 2 perkara ini diberi perhatian dan penekanan oleh setiap pemimpin BN, semestinya BN tidak akan kalah. Tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. 

Apabila kerajaan BN kalah, semestinya penjawat awam yang dipaksa bekerja untuk parti akan tertanya apakah nasib yang bakal diterima mereka. Apakah kerajaan baru akan meneruskan tugasan tersebut tetapi berbeza cara ataupun kerajaan baru akan terus menutup perkhidmatan tersebut. Yang pasti mereka tetap penjawat awam kerajaan semasa. 

Yang pasti Blog aku dikenakan sekatan 2 3 hari sebelum pilihanraya. 

Mahathir melakukan tindakan drastik dalam memastikan konco terbesar 1MDB tidak terlepas daripada negara dan meminta negara yang telah menjalankan siasatan supaya memberi kerjasama kepada malaysia dalam memastikan DUIT 1MDB berjaya dibawa pulang. 

JKKK 

Masyarakat malaysia sememangnya sangat sinonim dengan peranan JKKK, walaupun kebanyakan mereka adalah lantikan yang lebih berasaskan politik tetapi terdapat JKKK yang memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Apakah tindakan daripada kerajaan baru samada melantik yang baru atau memansuhkan. Jika memansuhkan ia bakal memperlihatkan kecelaruan diperingkat bawahan. 

BERJAYAKAH PAS ?

PAS kekal ditakuk lama politik dan hanya memperoleh beberapa anjakan. Malah PAS sendiri memecahbelah undi dan hasilnya wakil islam bukan lagi majority terbesar dalam Parlimen. PAS perlu menukar strategi yang merangkumi pelbagai bangsa yang beragama islam dan bukan hanya menumpukan pada sesuatu kaum. 

BERJAYAKAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN?

Dengan kemenangan yang hanya simple dengan pelbagai gabungan parti dan juga pakatan harapan itu sendiri belum lagi diterjemah sebagai parti komponen. Ini menjadikan sesuatu usul yang bakal dibuat akan mendapat pelbagai bentuk tentangan. Persoalan yang perlu dipertanggungjawab :
  1. Apakah institusi Melayu terbela.
  2. Jenis bagaimanakan "ISLAM" akan diterjemahkan kepada penduduk malaysia
  3. Mungkinkah berlaku pergolakan agama sekiranya "ISLAM" tidak dibela.
  4. Sejauh mana anti-rasuah yang bakal diperkenalkan.
 4 perkara utama yang menjadi tumpuan rakyat malaysia dimana mereka akan menilai samada layakkah harapan meneruskan legasi pemerintahan selepas PRU15.

EKONOMI & FINANCIAL

Setakat yang berlaku harini belum ada lagi cakap-cakap yang mengatakan perubahan monetari dan fiskal akan dibuat secara menyeluruh. Tun hanya memaklumkan akan menyemak semula hutang negara dan mengawal kadar inflasi. Secara tak langsung mengukuhkan matawang negara tetapi tidak melonjakkan pasaran saham. 

5 avenger ekonomi yang dilantik memperlihatkan pasaran saham berada dalam situasi "sideway" dan pelabur dilihat masih menanti apakah tindakan seterusnya akan diambil oleh kerajaan baru.


Kekal Pembangkang Itu Penting!!






Post a Comment

0 Comments