TPM - "PERMATA" Akan Diaudit & Diletakkan Bawah Kementerian


Program Permata Negara (PERMATA) akan diteruskan oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Walau bagaimanapun, Wan Azizah yang juga menteri wanita dan pembangunan keluarga berkata program yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu perlu diaudit terlebih dahulu dalam segenap aspek.

Ini, katanya, termasuk melibatkan peruntukan, keberkesanan kos dan hasil program.
“PERMATA merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak.
“Ini kita teruskan untuk kanak-kanak tingkatkan kemahiran mereka kerana matlamatnya adalah suci murni.
“Kalau apa yang baik, kita teruskan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.
Wan Azizah berkata, beliau dan Dr Mahathir berpandangan bahawa PERMATA lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak.

Sumber : MK

Post a Comment

0 Comments